Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475869
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamaluddin Badusah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Isyatilla Idris (P82034) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:36Z | - |
dc.date.issued | 2020-10-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:126861 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475869 | - |
dc.description | Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, sistem pendidikan juga harus melakukan transformasi dengan melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan kommunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan itu, kajian ini menfokuskan penggunaan aplikasi telefon pintar dalam pembelajaran pemahaman Seni Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 64 orang responden iaitu 32 mewakili kumpulan rawatan dan 32 orang lagi mewakili kumpulan kawalan. Bagi menganalisis data untuk tahap penggunaan, sikap, penerimaan dan juga keberkesanan penggunaan aplikasi ini, statistik deskriptif digunakan bagi menjelaskan min, dan sisihan piawai. Statistik inferensi pula digunakan untuk menganalisis perbezaan skor antara ujian pra dan pasca bagi kedua-dua kumpulan dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ujian-t berpasangan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tahap penggunaan aplikasi Edmodo melalui telefon pintar dalam pembelajaran Seni Bahasa menunjukkan tahap yang tinggi. Penerimaan pelajar juga menunjukkan kesan yang positif apabila skor min menunjukkan aras yang tinggi. Begitu juga dengan sikap dan keberkesanan penggunaan yang menunjukkan tahap tinggi. Pencapaian pelajar kumpulan rawatan (min=24.25) dan kumpulan kawalan (min=23.56) dalam ujian pra tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Skor min pencapaian pelajar bagi kumpulan rawatan ialah min=51.97 dan bagi kumpulan kawalan ialah min=31.91 yang menunjukkan perbezaan yang besar. Untuk pencapaian pelajar kumpulan rawatan dalam ujian pra dan pasca, ia menunjukkan peningkataan yang besar berlaku, iaitu min=24.25 untuk ujian pra dan min=51.97 untuk ujian pasca. Namun, peningkatan tidak ketara ditunjukkan bagi pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pra (min=23.56) dan ujian pasca (min=31.91). Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi Edmodo melalui telefon pintar membantu meningkatkan pencapaian Seni Bahasa Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Edmodo -- Aplikasi | - |
dc.subject | Seni bahasa Melayu -- Pengajaran dan pembelajaran | - |
dc.subject | Telefon pintar | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penggunaan aplikasi Edmodo melalui telefon pintar dalam pembelajaran seni bahasa Melayu | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 132 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.