Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475866
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Effendi @ Ewan Mohd Matore, Dr.-
dc.contributor.authorSyuzianti Che Soh @ Shaari (P91723)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:34Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:34Z-
dc.date.issued2017-08-01-
dc.identifier.otherukmvital:124928-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475866-
dc.descriptionTanggapan negatif masyarakat bahawa pelajar delinkuen tidak mempunyai masa depan adalah sesuatu yang tidak adil. Kelompok ini sebenarnya mempunyai bakat semulajadi dan kecerdasan istimewa yang perlu diasah bagi pemerkasaan diri. Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti pola Kecerdasan Pelbagai (KP) dalam kalangan pelajar delinkuen di sekolah rendah. Selain itu, pengujian ciri psikometrik instrumen turut dijalankan. Kajian juga mengkaji perbezaan bagi kecerdasan pelbagai mengikut gender, bangsa dan tahun pengajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Seramai 307 orang pelajar dari 14 buah sekolah rendah di daerah Hulu Langat telah dipilih melalui kombinasi pensampelan rawak kluster dan pensampelan rawak berstrata. Kajian ini mengadaptasi instrumen Malaysian Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA) melalui sembilan konstruk iaitu Kecerdasan Verbal-Linguistik (VL), Kecerdasan Logik Matematik (LM), Kecerdasan Muzik (MZ), Kecerdasan Kinestatik-Badan (KB), Kecerdasan Visual-Ruang (VR), Kecerdasan Interpersonal (IE) Kecerdasan Intrapersonal (IA), Kecerdasan Naturalis (NA) dan Kecerdasan Kerohanian (KR). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi melalui perisian Winsteps 3.71. Kajian rintis menunjukkan sebanyak 62 item daripada 91 item memenuhi empat andaian utama Model Rasch, iaitu keserasian item, unidimensionaliti, kebebasan setempat dan kebolehpercayaan. Dapatan kajian sebenar pula menunjukkan sebanyak 62 item instrumen ini memenuhi ciri-ciri item yang cemerlang dengan nilai pekali Cronbach Alpha 0.928. Dapatan deskriptif menunjukkan KR dan KB berada pada tahap sangat tinggi (M = 1.254 logits, SP = 1.240) dan (M = 0.969 logits, SP = 1.371). Keputusan analisis ujian-t sampel bebas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi KP mengikut gender. Begitu juga dengan keputusan analisis ANOVA Sehala yang membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi KP mengikut bangsa. Sebaliknya, menerusi analisis ANOVA Sehala, KP didapati mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut tahun pengajian. Justeru, kajian ini membantu guru untuk menyesuaikan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah mengikut kecerdasan pelajar. Kajian juga membuka ruang kepada pelajar delinkuen untuk terus dikenal pasti dan dipelbagaikan kekuatan kecerdasan yang mereka miliki.,Sarjana Pendidikan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDelinkuen-
dc.subjectPola kecerdasan pelbagai-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePola kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar delinkuen di sekolah rendah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages148-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.