Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475863
Title: | Rangka kerja pengecaman wajah bagi penganalisaan forensik imej wajah |
Authors: | Mohamad Firham Efendy Md. Seman (P61056) |
Supervisor: | Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pattern recognition systems Image processing -- Digital techniques Face perception Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Aug-2016 |
Description: | Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) merupakan satu daripada peralatan digital yang telah digunakan sebagai bahan bukti digital bagi tujuan analisa forensik digital. CCTV. Dalam penganalisaan forensik video, pemerhatian video bertumpu kepada subjek atau objek daripada rakaman CCTV. Forensik pengecaman wajah adalah sebahagian daripada penganalisaan forensik video. Wajah subjek yang telah diambil daripada rakaman CCTV akan dibandingkan dengan wajah subjek yang diambil ketika fasa pendaftaran muka. Untuk pendaftaran muka kebiasaannya akan diambil dalam kualiti imej yang tinggi. Walau bagaimanapun, selalunya wajah subjek yang diambil daripada rakaman CCTV akan berada dalam kualiti yang rendah. Ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti jenis kamera, konfigurasi, dan juga jarak atau kedudukan kamera dari subjek. Hasil keputusan forensik pengecaman wajah adalah bergantung kepada kualiti rakaman CCTV. Kualiti yang rendah akan mengurangkan tahap keyakinan keputusan pengecaman wajah untuk dijadikan sebagai bahan bukti digital tersebut dikemukakan di mahkamah. Objektif kajian ini adalah untuk menyediakan konsep rangka kerja bagi penilaian kualiti CCTV untuk digunakan dalam penganalisaan forensik pengecaman wajah. Kaedah kajian ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pengujian bahan bukti CCTV akan dilakukan di dalam bangunan. Pengujian akan dilakukan mengikut jenis kamera, ketetapan pelbagai resolusi CCTV dan pelbagai jarak di antara subjek dan kamera. Wajah subjek yang diambil dari CCTV akan dibandingkan dengan wajah subjek yang diambil ketika fasa pendaftaran wajah. Skor yang didapati dari sistem forensik pengecaman wajah berdasarkam resolusi kamera, jenis kamera, jarak dan juga perubahan skor selepas penambahbaikan dibuat terhadap wajah subjek. Hasil keputusan tersebut dianalisa bagi menentukan kualiti dalam menjadikan penemuan yang signifikan menerusi ujikaji tersebut. Secara umumnya, penurunan skor dan kedudukan subjek dapat dilihat ketika jarak dari kamera semakin bertambah. Sistem pengesanan wajah yang digunakan juga tidak dapat mengenalpasti struktur wajah untuk dibuat perbandingan selepas jarak 5 meter dari kamera. Skor yang tertinggi adalah 5.95 diperoleh dari resolusi 1280 x 720 pada jarak 3 meter dengan menggunakan model kamera ACTI E62. Kaedah Cubic juga telah memberi penambahbaikan terhadap skor dan kedudukan keputusan terutamanya pada kamera yang mempunyai mod resolusi rendah.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 58 |
Call Number: | TK7882.P3M846 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.