Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475859
Title: Penilaian bio-kebolehcapaian dan pemodelan biokinetik bagi 232Th dalam lantanida pekat (LC) dan residu pemurnian larut resap air (WLP) menggunakan model penghadaman in vitro DIN
Authors: Nur Shahidah Abdul Rashid (P78563)
Supervisor: Khoo Kok Siong, Prof.Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Radioisotopes -- Physiological effect
Thorium -- Analysis
Thorium -- Bioavailability
Toxicity testing -- In vitro
Dissertations
Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Sep-2012
Description: Torium (232Th) merupakan radionuklid primordial yang boleh membahayakan kesihatan manusia jika termasuk ke dalam badan. Pengambilan radionuklid 232Th secara tidak sengaja boleh berlaku melalui luka pada tubuh badan, pemakanan, penyedutan atau pernafasan dan menelan debu secara tidak sengaja, atau aktiviti tangan ke mulut yang berkaitan dengan etika kebersihan yang tidak dipatuhi oleh pekerja. Tujuan kajian ini adalah bagi mengkaji bio-kebolehcapaian dan model biokinetik bagi radionuklid 232Th dari sampel lantanida pekat (LC) dan residu pemurnian larut resap air (WLP) yang terdapat di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), dengan cara menganalisis kebolehlarutan radionuklid ini dalam cecair sintetik gastrousus. Kepekatan radionuklid 232Th dari sampel LC dan residu WLP terlebih dahulu ditentukan menggunakan Pendarflour Sinar-X (XRF). Sampel LC dan residu WLP yang menjalani teknik penghadaman in vitro DIN, telah dianalisis menggunakan Spektrometer Jisim-Gandingan Plasma Teraruh (ICP-MS) bagi menentukan kepekatan radionuklid 232Th dalam cecair gastrousus sintetik. Kepekatan radionuklid 232Th dalam cecair gastrousus mewakili jumlah maksimum pencemaran radionuklid yang berpotensi diserap ke dalam badan melalui usus dan berpindah ke dalam darah. Maksimum kepekatan radionuklid 232Th dalam sampel LC dan residu WLP pada fasa usus bagi kes yang berisiko tinggi adalah 0.1410 ± 0.0331 mg/kg dan 0.1621 ± 0.1190 mg/kg. Nilai maksimum bio-kebolehcapaian bagi radionuklid 232Th dalam kajian ini adalah 0.14%. Melalui kajian ini juga, pemodelan biokinetik gastrousus berjaya dihasilkan dengan menggunakan perisian SAAM II. Pemodelan biokinetik gastrousus yang dihasilkan dapat melihat pemindahan radionuklid 232Th daripada sampel LC dan residu WLP ke dalam sistem penghadaman manusia yang sebenar. Dos komited setara bagi radionuklid 232Th bagi sampel LC adalah 1.15 μSv/kg (sel darah merah), 0.42 μSv/kg (hati), 0.45 μSv/kg (buah pinggang) dan 40.08 μSv/kg (permukaan tulang). Manakala bagi sampel residu WLP, dos komited setara bagi radionuklid 232Th adalah 1.32 μSv/kg (sel darah merah), 0.49 μSv/kg (hati), 0.51 μSv/kg (buah pinggang) dan 46.07 μSv/kg (permukaan tulang). Walaubagaimanapun, dos komited berkesan bagi radionuklid 232Th dalam sampel LC terhadap orang awam dan pekerja adalah 0.13 μSv/kg. Bagi sampel residu WLP, dos komited berkesan bagi radionuklid 232Th terhadap orang awam dan pekerja adalah 0.15 μSv/kg dan 0.14 μSv/kg. Sebaliknya, teknik penghadaman in vitro DIN, penilaian bio-kebolehcapaian serta pemodelan biokinetik sangat berguna bagi tujuan pemantauan berterusan dan penilaian risiko terhadap alam sekitar, kesihatan manusia dan sampel tercemar pada masa akan datang. Secara keseluruhan, nilai bio-kebolehcapaian berada dalam nilai kawalan serta nilai bagi dos komited setara dan dos komited berkesan di bawah nilai rujukan UNSCEAR. Kesimpulannya, nilai-nilai yang terdapat dalam kajian ini tidak memberikan kesan keradiotoksikan nuklid yang berbahaya terhadap kesihatan manusia.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 117
Call Number: QD181.T5N846 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.