Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475841
Title: Analisis batimetri dan sedimentasi dasar Tasik Chini, Pekan, Pahang
Authors: Muhammad Hafiz Md. Saad (P57115)
Supervisor: Mohd Ekhwan Hj Toriman, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Bathymetric maps -- Malaysia
Sedimentation analysis
Issue Date: 1-Jul-2019
Description: Kajian batimetri dan sedimentasi adalah kajian bersepadu bagi menganalisis profil kedalaman dan sedimen dasar tasik kesan daripada pembangunan tanah di sekitar kawasan kajian. Dalam kajian ini, tiga objektif utama telah dikenalpasti, iaitu menjelaskan pola batimetri dan punca sedimentasi Tasik Chini, menganalisis perubahan batimetri dan proses sedimentasi Tasik Chini serta menilai pendekatan kawalan dan pengurusan Tasik Chini. Kajian telah dijalankan di Tasik Chini yang berkeluasan 5105.23 hektar. Kajian yang bermula pada bulan Jun 2011 sehingga Mac 2012 ini melibatkan tiga musim berbeza, iaitu musim normal (Mei hingga Ogos), musim hujan (September hingga Disember), dan musim selepas hujan (Januari hingga April). Profil kedalaman berdasarkan input data echosounder Biosonic DTX dan perolehan analisis data mengikut monsun merupakan metod dan aplikasi utama analisis data. Data batimetri menunjukkan ketinggian dasar tasik pada takat purata aras laut adalah 10 hingga 11 meter pada musim normal, lapan hingga sembilan meter pada musim hujan dan sembilan meter pada musim selepas hujan. Ini menunjukkan bahawa proses sedimentasi berlaku dengan giat ketika musim hujan. Analisis statistik korelasi mendapati semua stesen sungai pembekal aktif memperoleh hasil data yang signifikan antara luahan air (Q) dengan jumlah sedimen terampai (TSS) iaitu r² = 0.020 pada musim normal dan r² = 0.605 pada musim hujan. Parameter taburan saiz butiran sedimen pula menunjukkan min, sisihan piawai dan pencongan bagi Laut Jerangking iaitu 0.48 ø, 1.72 ø,0.73 ø untuk musim normal dan 0.98 ø, 1.98 ø, 0.90 ø untuk musim hujan. Laut Gumum pula ialah 1.70 ø, 3.30 ø, -0.23 ø untuk musim normal dan 1.90 ø, 1.72 ø, 0.25 untuk musim hujan. Manakala Laut Melai mencatatkan 0.54 ø, 1.69 ø, -0.25 ø untuk musim normal dan 0.43 ø, 0.82 ø, 0.28 ø untuk musim hujan. Proses pergerakan sedimen dasar merupakan faktor utama yang mempengaruhi profil kedalaman tasik dalam tempoh kajian dan signifikan ketika aras air tasik meningkat. Kajian ini menilai langkah kawalan sedimen melibatkan zon larangan, rizab pemuliharaan bagi keseluruhan lembangan tasik, dan penguatkuasaan undangundang bagi mengawal sedimen dasar di dasar tasik Chini.,Tesis ini tiada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana
Pages: 133
Call Number: QD117.M834 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.