Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475832
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurhidayati Hamzah (P77132) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:14Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:14Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121038 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475832 | - |
dc.description | Keadilan adalah sesuatu yang ditekankan oleh Islam dan dimanifestasikan dalam setiap inci kehidupan manusia. Bagi memastikan keadilan dapat dicapai di mahkamah, beberapa kaedah pembuktian boleh digunakan. Salah satu daripadanya ialah menerusi keterangan dokumen. Dalam era ledakan teknologi komunikasi pada masa kini, keterangan dokumen mungkin juga datang dalam bentuk elektronik. Kajian ini bertujuan utama mengkaji kedudukan keterangan elektronik menurut perspektif syarak serta undang-undang di Malaysia. Kajian juga bertujuan menganalisis aplikasi undang-undang terhadap pembuktian secara elektronik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur serta cabaran-cabaran yang dihadapi. Kajian ini merupakan kajian kes menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif melalui kaedah tematik. Hasil kajian mendapati aplikasi WhatsApp adalah yang paling tinggi penggunaannya di dalam kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur mendahului pembuktian secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS) terutama di dalam kes pengesahan cerai. Ini disebabkan berlakunya inovasi aplikasi di dalam telefon pintar yang mana pengguna lebih banyak menggunakan aplikasi WhatsApp berbanding SMS sejak ditubuhkan aplikasi ini pada 2010 sehingga kini. Hasil kajian juga mendapati, kaedah yang digunakan oleh Hakim dalam menilai kes berkaitan elektronik hanyalah terhad kepada setakat mengambil keterangan serta pengakuan pihak-pihak, ikrar serta saksi kepada pihak-pihak. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada phak-pihak yang terlibat secara langsung kepada pengamal undang-undang di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur serta penggubal undang-undang dalam melakukan usaha penambahbaikan ke atas pengurusan pembuktian secara elektronik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Keadilan | - |
dc.subject | Bukti keterangan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembuktian keterangan elektronik di mahkamah syariah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 118 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.