Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475830
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Mahzan Bin Awang , Dr. | - |
dc.contributor.author | Mazlina Abd Rahman (P63883) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:13Z | - |
dc.date.issued | 2016-04-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120948 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475830 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana elemen-elemen keselamatan, kesihatan dan pencegahan kemalangan dibudayakan di sekolah dalam kalangan guru dan pelajar. Lima dimensi yang dikaji adalah kepatuhan peraturan, penggunaan bengkel, pencegahan kemalangan dan kesihatan, serta bantuan kecemasan yang digerakkan oleh tindakan dalaman berdasarkan pengetahuan dan tahap amalan pelajar dan guru. Pembudayaan keselamatan, kesihatan dan pencegahan kemalangan juga dilihat dalam aspek pengurusan sekolah, penglibatan pelajar dan hubungan dengan pihak luar. Kajian tinjauan ini dijalankan ke atas 383 orang pelajar dan 52 orang guru yang dipilih secara rawak dari enam buah sekolah di Putrajaya. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data daripada responden. Kajian rintis telah dilakukan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item dalam instrumen. Nilai Cronbach Alpha yang diperoleh adalah 0.938 yang menunjukkan kesemua item boleh diguna pakai. Data daripada kajian sebenar dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 22.0 yang memfokuskan kepada analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif meliputi min, frekuensi dan peratusan. Analisis statistik inferensi yang digunakan untuk menguji hipotesis kajian pula adalah ujian-t (independent sample) dan ANOVA Satu Hala. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan dan pengamalan dalam kalangan pelajar dan guru terhadap aspek-aspek keselamatan, kesihatan dan pencegahan kemalangan di bengkel adalah tinggi. Namun, masih terdapat dapatan yang mencatatkan tahap sederhana terhadap amalan pelajar dalam aspek bantuan kecemasan, persepsi pelajar terhadap inisiatif pihak pengurusan sekolah dan penglibatan pelajar dalam membudayakan keselamatan, kesihatan dan pencegahan kemalangan di bengkel. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan tempoh berkhidmat dan opsyen guru terhadap tahap amalan keselamatan, kesihatan dan pencegahan kemalangan di bengkel. Perbezaan yang signifikan dapat dilihat antara persepsi guru dan pelajar terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti untuk memupuk budaya keselamatan, kesihatan dan pencegahan kemalangan di sekolah. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada pembudayaan keselamatan, kesihatan dan pencegahan kemalangan dalam mengurangi dan seterusnya mencegah kemalangan di bengkel dari berlaku menerusi kempen-kempen kesedaran dan latihan profesional.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations | - |
dc.subject | Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Schools -- Malaysia -- Safety measures | - |
dc.subject | School accidents -- Malaysia -- Prevention | - |
dc.title | Pembudayaan keselamatan kesihatan dan pencegahan kemalangan di bengkel kemahiran hidup sekolah menengah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 169 | - |
dc.identifier.callno | LB2864.5.M349 2015 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.