Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475826
Title: | Dorongan dan kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap aplikasi pengajaran dalam kalangan guru di sekolah berasrama penuh |
Authors: | Ahmad Rizal Md. Rais (P61820) |
Supervisor: | Abdul Razak Ahmad, Prof. Madya Dato’ Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic -- Malaysia Computer -- Assisted instruction Boarding schools |
Issue Date: | 6-Mar-2015 |
Description: | Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru banyak membantu meningkatkan kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dorongan, kompetensi dan aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek dorongan merangkumi sikap dan kemudahan infrastruktur, bagi kompetensi pula adalah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan penggunaan manakala aplikasi TMK dalam bilik darjah adalah merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 410 responden yang terdiri dari guru-guru di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi zon Utara, Timur, Tengah dan Selatan. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha kesemua konstruk kajian berada di tahap kebolehpercayaan yang tingi iaitu diantara 0.776 hingga 0.948. Data kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS 19.0. Analisis deskriptif adalah min dan sisihan lazim manakala analisis inferensi pula adalah Kolerasi, ANOVA, MANOVA dan Regresi.Hasil kajian menunjukkan tahap dorongan guru terhadap TMK dari segi sikap adalah amat positif manakala bagi aspek lain masih lagi berada di tahap yang memuaskan. Manakala, bagi analisis Manova,keseluruhannya tidak menunjukkan terdapat perbezaan signifikan berdasarkan demografi kajian dan hanya dorongan dari aspek kemudahan TMKmenunjukkan perbezaan signifikan berdasarkan jantina dan lokasi. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua konstruk dorongan, kompetensi guru terhadap aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala analisis regresi pula menunjukkan penggunaan TMK memberi sumbangan yang besar terhadap aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak 32.9%. Implikasi kajian mendapati kemudahan dan penggunaan TMK perlu dijadikan budaya di peringkat sekolah bagi memastikan kualiti dan kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 132 |
Call Number: | LB1028.5.A346 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Dorongan dan kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap aplikasi pengajaran dalam kalangan guru di sekolah berasrama penuh.pdf Restricted Access | Partial | 1.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.