Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475823
Title: | Penulenan dan pencirian enzim NAD(P)+_Farnesol dehidrogenase daripada daun polygonum minus |
Authors: | Nor Ain Shahajar Ahmad Sohdi (P59432) |
Supervisor: | Maizom Hassan, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic -- Malaysia Juvenile hormones Insect hormones |
Issue Date: | 13-Feb-2012 |
Description: | Hormon juvenil (JH) memainkan peranan penting dalam pengawalaturan proses biologi serangga seperti metamorfosis, pertumbuhan dan pembiakan. Oleh sebab itu, JH menjadi sasaran kajian bagi penciptaan racun perosak yang selamat dan mesra alam. Biosintesis JH III melibatkan tapak jalan mevalonat bermula dari asetil-KoA hingga farnesil pirofosfat kepada farnesol. Farnesol dioksidakan kepada farnesal dan kemudian kepada asid farnesoik, oleh farnesol dan farnesal dehidrogenase. Permetilan dan pengepoksidaan ke atas asid farnesoik menghasilkan JH III. Farnesol dehidrogenase diekstrak dari daun Polygonum. minus dengan menggunakan penimbal trisin-NaOH (pH 7.5, 0.1 M) yang mengandungi polivinilpolipirolidone, Amberlite XAD-4, gliserol, 2-merkaptoethanol, thiourea dan fenilmetilsulfonilflorida pada suhu 4°C. Enzim ini ditulenkan sepenuhnya dengan faktor penulenan 234, menggunakan kromatografi penukaran ion ke atas DEAE-Toyopearl, SP-Toyopearl, Super Q Toyopearl dan diikuti oleh kromatografi penurasan gel (TSK gel G3000SW). Enzim ini wujud sebagai heterodimer dengan berat molekul 65 kDa dan 70 kDa. Aktiviti enzim stabil sehingga suhu 50 °C dan penyahaktifan aktiviti enzim bermula pada suhu 55 °C. Aktiviti enzim hilang sepenuhnya pada suhu 70 °C. Suhu dan pH optimum masing-masing adalah 35 °C dan pH 9.5. Agen sulfihidril, agen pengkelat dan ion metal didapati merencat aktiviti enzim. Farnesol dehidrogenase dari P. minus memberi kadar pengoksidaan tertinggi terhadap trans, trans-farnesol diikuti oleh cis, trans-farnesol dan cis, cis-farnesol dengan nilai Km masing-masing pada 0.17 mM, 0.33 mM dan 0.42 mM. Kehilangan satu unit isoprin dari trans, trans-farnesol menghasilkan geraniol dengan aktiviti enzim yang rendah. Alkohol sinnamil, alkohol (S)-perilil dan karveol dioksidakan dengan kadar yang lebih rendah. Farnesol dehidrogenase tidak bertindak balas dengan alkohol alilik lain seperti nerol dan linalool, alkohol tidak alilik, alkohol alifatik dan alkohol aromatik. Hasil ini mencadangkan bahawa farnesol dehidrogenase dari P. minus berupaya mengenal isomer geometri pada substrat. Enzim ini tidak menjalankan tindak balas berbalik. Empat fragmen peptida dikenalpasti berdasarkan MALDI-TOF MS/MS diikuti oleh pencarian tapak data oleh perisian MASCOT. Fragmen-fragmen peptida didapati mempunyai padanan yang rendah dengan rantai-pendek dehidrogenase dan farnesol dehidrogenase yang sedia ada. Hasil pencirian menunjukkan enzim wujud dalam keadaan heterodimer dan menggunakan kedua-dua NAD+ and NADP+ sebagai koenzim dimana berlainan dengan farnesol dehidrogenase dari organisma lain. Keputusan ini mencadangkan farnesol dehidrogenase adalah enzim novel. Simulasi kinetik enzim dari P. minus menunjukkan aktiviti pengoksidaan farnesol dehidrogenase lebih perlahan berbanding farnesal dehidrogenase dan ini mencadangkan perencatan farnesol dehidrogenase dari P. minus adalah lebih sesuai bagi menghentikan penghasilan JH. Pencirian farnesol dehidrogenase akan memberi maklumat baru bagi mencipta perencat bagi enzim yang terdapat dalam tapak jalan biosintesis JH yang sangat penting dalam penghasilan racun serangga bio-rasional.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 90 |
Call Number: | QL494.5.N647 2015 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.