Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475820
Title: | Wasiat sebagai mekanisme perancangan harta di Negeri Sembilan |
Authors: | Shahrina Romli (P50564) |
Supervisor: | Mat Noor Mat Zain |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations Dissertations Academic-Malaysia Wills (Islamic law) Will-Religious aspects-Islam |
Issue Date: | 12-Jan-2012 |
Description: | Tunggakan harta pusaka yang tidak dituntut seperti yang dilaporkan oleh akhbar pada tahun 2011 telah mencapai angka RM 42 Billion dan ini mungkin disebabkan sama ada tiada kefahaman masyarakat mengenai pengurusan wasiat atau tiada keprihatinan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan harta untuk mempromosikan penulisan wasiat ini. Oleh itu, kajian dibuat bagi melihat sejauh mana wasiat dapat membantu dalam menyelesaikan permasalahan ini. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti konsep wasiat dan wisayah serta pengurusan harta pusaka orang Islam di Malaysia yang melibatkan harta pusaka berwasiat dan tidak berwasiat, mengkaji dan menilai semula Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan dan mengkaji kefahaman masyarakat di Negeri Sembilan tentang penulisan wasiat. Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan analisis dokumen, borang soal selidik dan temubual. Data-data diperolehi melalui bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku, kertas Prosiding Seminar, kajian-kajian lepas dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 kemudian data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Dalam pemilihan sampel, penulis telah memilih persampelan kebarangkalian dan prosedur persampelan secara bertujuan telah digunakan. Selain itu kajian lapangan melibatkan temubual berstruktur dan temubual semi berstruktur di mana ianya terdiri daripada 4 orang Pegawai-pegawai Pentadbiran dan Pembahagian Harta Pusaka dan 90 orang responden yang terdiri daripada penulis wasiat, agen pengurusan wasiat dan ahli waris si mati yang menguruskan harta pusaka berwasiat. Hasil Kajian menunjukkan bahawa wasiat berbeza dengan wisayah. Penulisan wasiat yang diamalkan pada masa sekarang adalah berdasarkan akad wisayah yang merangkumi wasiat satu pertiga harta di dalamnya. Oleh itu, penulisan wasiat terikat dengan syarat-syarat dan hukum hakam wisayah dalam Islam. Kajian juga mendapati sambutan masyarakat Negeri Sembilan terhadap penulisan wasiat adalah menggalakkan dan ada peningkatan. Dari segi perundangan pula memperlihatkan bahawa seksyen 26(2) dan seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 perlu disemak dan dipinda semula kerana ianya bercanggah dengan amalan berwasiat menurut hukum syarak dari aspek kadar wasiat kepada waris dan wasiat wajibah kepada cucu,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 195 |
Call Number: | BP158.W45S535 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.