Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475810
Title: Pencirian molekul cDNA yang mengekodkan hormon pelepasan gonadotropid dalam ikan siakap (Lates calcarifer)
Authors: Alicia Lai Sook Wei (P48542)
Supervisor: Wan Kiew Lian, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Dissertations
Academic-Malaysia
Luteinizing hormone releasing hormone
Gonadotropin
Giant perch
Issue Date: 9-Jun-2014
Description: Hormon pelepasan gonadotropin (GnRH) iaitu GnRH-I, GnRH-II and GnRH-III yang diekspres dalam otak diketahui memainkan peranan penting dalam pengawalaturan hormon gonadotropin dalam vertebrata. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap GnRH dalam ikan siakap (Lates calcarifer) boleh membantu dalam pembangunan dan kemajuan industri akuakultur spesies ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mencirikan cDNA dua GnRH L. calcarifer yang berbeza, iaitu GnRH-II dan GnRH-III melalui analisis filogenetik dan mengkaji pengekspresan kedua-dua GnRH ini menggunakan PCR kuantitatif masa-nyata (QRT-PCR). Dalam kajian ini, kawasan pengekodan lengkap GnRH-III diamplifikasi dengan PCR, diklon dan dijujuk. Berdasarkan analisis ORF Finder, jujukan pengekodan GnRH-III yang diperoleh diramal mengekodkan polipeptida bersaiz 90 residu asid amino. Analisis blastp menunjukkan jujukan polipeptida yang diperoleh mempunyai padanan yang signifikan dengan jujukan GnRH-III vertebrata lain. Penjajaran jujukan berbilang menunjukkan polipeptida tersebut berkongsi jujukan asid amino dan struktur yang serupa dengan ahli famili GnRH-III dan terdiri daripada satu isyarat peptida, satu dekapeptida terpulihara, satu isyarat amidasi/proteolisis dan satu peptida berkait GnRH. Analisis filogenetik menggunakan jujukan asid amino GnRH-II dan GnRH-III L. calcarifer dilakukan dengan perisian PhyML dan PHYLIP. Hasil analisis filogenetik menunjukkan pemisahan dan pembentukan dua klad utama dengan klad pertama terdiri daripada GnRH-I dan GnRH-III manakala klad kedua hanya terdiri daripada GnRH-II. Hasil tersebut menyokong idea pembentukan dua leluhur GnRH paralog, iaitu leluhur otak depan (GnRH-I dan GnRH-III) dan leluhur otak tengah (GnRH-II) hasil daripada duplikasi purba. Pembentukan leluhur GnRH otak depan mencadangkan bahawa GnRH-I dan GnRH-III berkemungkinan berkongsi atau mempunyai pertindihan fungsi. Pengekspresan GnRH-II dan GnRH-III juga dikaji dalam 10 sampel tisu (otak, mata, jantung, insang, hati, limpa, ginjal, usus, otot dan gonad) dari L. calcarifer jantan dan betina matang. Hasil yang diperoleh daripada analisis QRT-PCR menunjukkan bahawa GnRH-II dan GnRH-III diekspres dalam otak. Selain itu, GnRH-III juga didapati diekspres dalam tisu gonad. Pengekspresan kedua-dua GnRH didapati lebih tinggi dalam otak ikan betina matang berbanding dengan ikan jantan matang. Tambahan pula, didapati pengekspresan GnRH-III adalah lebih tinggi dalam otak berbanding dengan gonad. Pengekpresan GnRH-III di dalam tisu gonad mencadangkan fungsi alternatif GnRH selain daripada pengawalaturan paksi hipotalamus-pituitari-gonad dalam proses pembiakan vertebrata,Tesis ini tiada Pengakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 145
Call Number: QP572.L85L335
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.