Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475809
Title: Pembangunan dan penilaian rekabentuk antaramuka sistem petunjuk arah : kajian kes UKM
Authors: Nor Hazwani Nordin (P48178)
Keywords: Geographic information systems
User interfaces (Computer systems) -- Design
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jul-2014
Description: Pembangunan aplikasi-aplikasi teknologi di Malaysia pada masa kini hampir seiring dengan negara-negara membangun. Kewujudan aplikasi-aplikasi teknologi ini menyebabkan para pengguna mahukan kualiti yang tinggi dalam rekabentuk antaramuka pengguna. Namun begitu, para pengguna yang terdiri daripada latar belakang budaya dan sosial yang berbeza memberi kesan terhadap corak pilihan antaramuka serta turut mempengaruhi proses merekabentuk antaramuka secara keseluruhannya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji corak pilihan terhadap rekabentuk antaramuka dan penyesuaian pelbagai budaya di mana satu kajian kes mengenai petanda arah di UKM dijalankan bagi menyokong kajian ini. Langkah awal yang diambil ialah menyiasat kewujudan kepelbagaian budaya dan kesan terhadap corak rekabentuk antaramuka di UKM. Berdasarkan keputusan analisis penyiasatan, terdapat hubung kait antara pengguna dengan pelbagai latar belakang budaya dan corak pilihan rekabentuk antaramuka. Secara tidak langsung, ianya membawa kepada konsep CCD (Culture Centred Design). Kemudian, ianya mendorong kepada pembangunan rangka kerja penyesuaian pelbagai budaya. Oleh itu, prototaip dibangunkan berdasarkan kepada rangka kerja yang dicadangkan. Prototaip ini kemudiannya disahkan melalui satu siri soal selidik yang dijalankan semasa proses penilaian. Berdasarkan keputusan soal selidik tersebut, rangka kerja yang dicadangkan diperbaiki. Selain itu, penemuan itu juga memberi penekanan terhadap aspek-aspek tertentu mengenai rekabentuk antaramuka pengguna iaitu teks, imej, latar belakang, simbol dan warna. Bagi sumbangan kajian ini, satu satu garis panduan untuk rekabentuk antaramuka pada masa hadapan yang diperolehi daripada corak pilihan daripada corak pilihan dikalangan para pengguna pelbagai latar belakang dan sosial. Kajian ini boleh diperluaskan lagi dengan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai implikasi pelbagai budaya terhadap paten rekabentuk antaramuka pengguna. Di samping itu, mengkaji personaliti para pengguna ketika mereka berinteraksi dengan antaramuka memberikan lebih banyak sebab mengapa latar belakang budaya dan sosial perlu dipertimbangkan pada masa akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 144
Call Number: QA76.9.U83N646 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475809
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.