Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475804
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Effandi Zakaria, Profesor Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Khoo Swee Chan @ Swee Yau (P57745) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:59Z | - |
dc.date.issued | 2012-04-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120041 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475804 | - |
dc.description | Usaha masih perlu ditingkatkan dalam kalangan pelajar cemerlang Matematik Penilaian Menengah Rendah (PMR) supaya berjaya memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kumpulan pelajar cemerlang PMR sering dianggap sudah menguasai fakta Matematik tetapi pada hakikatnya mereka masih lemah untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan SPM. Sehubungan dengan itu, menggalakkan kaedah latih tubi iaitu pengulangan aktiviti yang sama atau setara sahaja dalam suatu jangka masa yang tertentu adalah penting supaya pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat. Oleh itu guru boleh menggunakan kaedah latih tubi dalam pengajaran Matematik Tambahan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan pencapaian cemerlang bagi mata pelajaran ini dalam peperiksaan SPM. Satu kajian tindakan telah dijalankan untuk membuat penambahbaikan kaedah latih tubi dan seterusnya meningkatkan pencapaian cemerlang dalam Matematik Tambahan SPM bagi 30 orang responden dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di daerah Tampin, Negeri Sembilan. Pada pusingan pertama kajian tindakan, pengulangan penerangan dan latihan tidak bervariasi telah diberikan kepada responden untuk menangani masalah ketika menjawab soalan-soalan latihan/ujian/penilaian dari topik pelajaran sukar. Pada kitaran kedua kajian tindakan, pengulangan latihan bersasaran dan bervariasi ditingkatkan untuk membantu responden membuat penambahbaikan dalam kemahiran menyelesaikan masalah dalam topik pelajaran sukar itu. Pada pusingan ketiga kajian tindakan, pengulangan latihan bersasaran dan bervariasi dengan ketetapan masa penyelesaian masalah yang ketat untuk mendisiplinkan responden menyelesaikan masalah dari topik pelajaran sukar dalam masa yang terhad. Seterusnya 13 orang responden kajian ini berjaya memperoleh pencapaian yang cemerlang (4A+, 1A, 8A-) dalam peperiksaan Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011. Satu koleksi latihan kaedah latih tubi (LT) juga telah disediakan oleh pengkaji untuk guru pelatih dan guru novis mengajar topik pelajaran sukar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Dapatan kajian ini mungkin tidak dapat digenerasikan secara umum kepada semua responden namun kaedah latih tubi (LT) masih perlu dipertimbangkan sebagai salah satu kaedah pengajaran alternatif yang efektif,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia --Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Mathematics -- Study and teaching (Middle school) | - |
dc.subject | Effective teaching | - |
dc.subject | Mathematics -- Problems, exercises, etc. | - |
dc.subject | Academic achievement | - |
dc.title | Kaedah latih tubi bervariasi ke arah meningkatkan pencapaian cemerlang dalam matematik tambahan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 286 | - |
dc.identifier.callno | LB1062.6.K495 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kaedah latih tubi bervariasi ke arah meningkatkan pencapaian cemerlang dalam matematik tambahan.pdf Restricted Access | Partial | 83.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.