Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475801
Title: Peranan ilmu waqf dan ibtida terhadap ilmu fawasil al-quran : kajian dari surah al-baqarah hingga surah al-an'am
Authors: Mohd Najib Shukri Saghiri (P47320)
Supervisor: Sabri Mohamad, Dr.
Keywords: Waqf
Ilmu Fawasil
al-Adad al-Fawasil
Ibtida'
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 21-May-2013
Description: Kajian ini membincangkan peranan Waqf dan Ibtida’ terhadap Ilmu Fawasil al-Quran. Bagi memperlihatkan kesinambungan peranan ilmu tersebut dalam pembilangan ayatayat al-Qur’an, penulis mengenengahkan khilaf ulama’ al-c Adad al-Fawasil yang bermula daripada awal Surah al-Baqarah sehingga Surah al-Anc m yang ada hubungkait dengan Waqf dan Ibtida’. Kajian ini penting dilakukan bagi melihat sejauh manakah Waqf dan Ibtida’ memberi kesan kepada tatacara pembilangan ayat-ayat alQur’an. Objektif kajian ini ialah untuk memperlihatkan peranan dan kedudukan Ilmu Waqf dan Ibtida’ terhadap pembilangan ayat-ayat al-Qur’an di kalangan ulama’ alc Adad, khususnya dalam surah-surah yang menjadi skop kajian ini. Di samping untuk menambah sebuah rujukan yang berkaitan dengan Ilmu al-Qur’an. Bagi mencapai tujuan tersebut, penulis menjalankan kajian perpustakaan yang berpandukan tiga metode iaitu metode penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode analisis data. Kajian hanya tertumpu kepada peranan Waqf dan Ibtida’ dalam surahsurah pilihan tersebut yang memberi kesan kepada bilangan ayat-ayat al-Qur’an. Hasil dapatan kajian ini jelas menunjukan kepada kita tentang peranan dan kepentingan Ilmu Waqf dan Ibtida’ terhadap Ilmu Fawasil al-Qur’an. Kajian ini juga mendapati bahawa sememangnya Waqf dan Ibtida’ memainkan peranan yang sangat besar terhadap Ilmu Fawasil walaupun terkadang ada di beberapa tempat, ulama’ Fawasil tidak menggunakan kaedah Waqf dan Ibtida’ dalam menentukan sesuatu fasilah itu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 109
Call Number: BP131.6.M846 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.