Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475799
Title: Pengoptimuman dan kesan bahan dopan ke atas penghasilan zarah TiO2 bagi peningkatan prestasi sel solar pemeka warna
Authors: Siti Nur Fadhilah Zainudin (P53360)
Supervisor: Masturah Markom, Prof. Madya Dr.
Keywords: Titanium dioksida
Rekabentuk Komposit Berpusat (CCD)
Mikroskop Pengimbas Elektron (SEM)
Mikroskop Penghantaran Elektron (TEM)
Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FTIR)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 16-May-2013
Description: Titanium dioksida, TiO2 merupakan semikonduktor yang biasa digunakan di dalam sel solar pemeka warna (DSSC).Namun begitu, hanya 3-5% sahaja komposisi cahaya UV yang mampu diserap dan diaktifkan disebabkan oleh luang jalur TiO2 yang lebar (≈3.2 eV).Pengedopan bahan lain ke atas TiO2 dapat menggalakkan perubahan tenaga luang jalur dan memindahkan pinggir penyerapan ke kawasan cahaya tampak.Namun begitu, tindakbalas dopan yang kompleks terhadap TiO2 menyebabkan pemilihan dopan yang sesuai harus dijalankan.Objektif utama kajian ini adalah bagi menentukan parameter optimum menerusi Rekabentuk Komposit Berpusat (CCD) dan juga mengenalpasti kesan jenis dan kepemekatan dopan seperti Nikel, Ni (logam peralihan), Sodium, Na (logam alkali), Boron, B (separa logam) dan Karbon, C (bukan logam) ke atas keupayaan DSSC. Pencirian telah dijalankan ke atas zarah menggunakan Pembelau sinar-X (XRD), Mikroskop Pengimbas Elektron (SEM), Mikroskop Penghantaran Elektron (TEM) dan Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FTIR). Keupayaan zarah dalam pengangkutan elektron pula diukur menerusi pencirian lengkungan arus-voltan (I-V) dalam aplikasi DSSC. Hasil pencirian ANOVA menunjukkan suhu rawatan haba (C), interaksi kepemekatan air dengan suhu penahanan (AB) dan interaksi kepemekatan air dengan suhu rawatan haba (AC) merupakan parameter proses yang signifikan terhadap perubahan keupayaan DSSC. Parameter optimum bagi penghasilan TiO2 adalah nisbah air/DIPBAT/isopropanol iaitu 1:10:500, suhu penahanan 36°C dan suhu rawatan haba 400°C . Pengedopan TiO2 pada parameter optimum tersebut menunjukkan dopan Ni memberikan peratus keupayaan DSSC tertinggi iaitu 2.97% diikuti oleh C (0.12%), B (0.04%) dan Na (0.03%) iaitu masing-masing pada kepemekatan optimum dopan 0.075M, 0.025M, 0.100M dan 0.025M.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 126
Call Number: TK2960.S538 2013 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.