Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475798
Title: Sistem brek elektromagnetik boleh kawal menggunakan arus pusar
Authors: Mohamad Zairi Baharom (P54863)
Supervisor: Mohd Zaki Nuawi, Prof. Dr.
Keywords: Elektromagnetik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 23-Feb-2012
Description: Kajian ini membentangkan sebuah penyelidikan makmal berasaskan ujikaji bagi sistem brek elektromagnetik boleh kawal menggunakan arus pusar. Fokus utama adalah kajian mengenai parameter-parameter berkaitan dalam sistem brek elektromagnetik menggunakan arus pusar dan aplikasi sistem ini pada kajian kes yang dilakukan. Potensi yang hadir dalam melakukan kajian ini adalah bersandarkan permasalahan melibatkan sistem brek konvensional kini yang menggunakan pad brek termasuk pencemaran puing haus yang mengandungi elemen berbahaya seperti kuprum. Objektif kajian ini adalah untuk merekabentuk rig ujikaji yang mengkaji hubung kait antara parameter berubah yang mempengaruhi tindakbalas sistem brek elektromagnetik ini untuk mengaplikasikan sistem ini sebagai sebuah sistem boleh kawal pada kajian kes yang dilaksanakan. Kaedahnya melibatkan pembentukan dua rig ujikaji bagi kajian hubung kait parameter berubah dan aplikasi pada kajian kes. Ujikaji makmal sepenuhnya dijalankan bagi melihat hubung kait antara parameter berubah seperti jumlah arus yang dialirkan, jarak sela udara, jenis bahan cakera, ketebalan cakera dan bilangan lilitan gegelung elektromagnet. Perbandingan dua jenis bahan daripada siri Al6061 dan Al7075 turut dijalankan dalam ujikaji tindakbalas ini. Ujikaji pengesahan pula melibatkan aplikasi tindakbalas dan hubung kait parameter berubah dalam ujikaji tindakbalas yang mengaplikasikan sistem brek elektromagnetik menggunakan arus pusar ini sebagai sebuah sistem boleh kawal pada basikal senaman. Melalui ujikaji yang telah dijalankan, didapati bahawa parameter-parameter berubah memberikan kesan yang tertentu terhadap kelakuan sistem brek ini. Daya pembrekan akan meningkat apabila jumlah arus yang dialirkan kepada elektromagnet meningkat, dengan jarak sela udara yang kecil, bilangan lilitan gegelung elektromagnet yang besar, dan penggunaan cakera yang lebih tebal. Tiga jenis bahan cakera yang dibandingkan iaitu aluminium, kuprum dan zink, mendapati bahawa aluminium merupakan bahan terbaik untuk digunakan sebagai cakera dalam kajian ini. Ujikaji juga mendapati bahawa Al6061 memberi tindakbalas yang lebih baik daripada Al7075. Aplikasi sistem brek elektromagnetik ini pada basikal bagi tujuan senaman diuji dalam ujikaji pengesahan dan jumlah arus yang dialirkan dijadikan parameter boleh kawal. Peningkatan arus telah meningkatkan rintangan semasa kayuhan dilakukan dan sekaligus meningkatkan keamatan senaman yang dilakukan. Melalui kajian kes yang dilakukan, dibuktikan bahawa sistem brek elektromagnetik boleh kawal menggunakan arus pusar ini telah berjaya diaplikasikan sebagai sebuah sistem boleh kawal pada kajian kes yang dilakukan, dan sistem ini memiliki potensi besar untuk penerokaan baru dalam sistem brek konvensional kini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 112
Call Number: TL269.M8492013 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sistem brek elektromagnetik boleh kawal menggunakan arus pusar.pdf
  Restricted Access
Partial3.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.