Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475797
Title: Penilaian kriteria kualiti imej dan keberkesanan diagnostik denganmamografi digital
Authors: Pushpa Thevi Rajendran (P46144)
Keywords: Pengimejan
Mamografi digital
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 23-Dec-2013
Description: Mammografi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai piawai emas dalam pengesanan awal kanser payudara. Peralihan daripada mammografi konvensional kepada mammografi digital yang terdiri daripada plat penyimpanan fosfor digital dalam mammografi (DSPM) dan mammografi digital bidang penuh (FFDM). Maka adanya keperluan untuk menentukan DSPM or FFDM berupaya menghasilkan kualiti imej yang diagnostik. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kualiti imej dan keberkesanan diagnostik dua sistem mammografi digital. Kajian perbandingan diagnostik ini telah dijalankan di Pusat Kanser Kebangsaan, Malaysia selama setahun, melibatkan 150 wanita yang tidak mempunyai simptom. Wanita yang terlibat telah memberikan persetujuan termaklum dan didedahkan kepada empat sisi pandangan daripada setiap sistem. Dua pakar radiologi telah menilai imej yang dicetak secara bebas berdasarkan kepada sembilan kriteria kualiti imej, hubungkait antara daya tekanan dan kualiti imej dan penilaian kategori BIRADS. Ujian antarakebolehpercayaan Kappa menunjukkan terdapat persetujuan yang adil (ĸ = 0.225) bagi pakar radiologi pertama dan persetujuan yang lemah (ĸ = 0.192) untuk pakar radiologi kedua dalam penilaian kriteria kualiti imej. Ujian McNemar mendapati kesatuan yang signifikan antara DSPM dan FFDM dalam kriteria kualiti imej di mana ketajaman dan kontras dalam pandangan kanan kranio-kaudal, kecerahan dalam semua pandangan kecuali pandangan kiri medio-lateral, kulit dan tisu glandular dan ruang retromammari dan pengesanan kalsifikasi mikro dalam semua pandangan (p<0.05). Wujudnya korelasi lemah hingga sederhana dan hubungan yang bermakna antara daya mampatan yang digunakan dan visualisasi struktur anatomi bagi kulit (r =0.189) dalam DSPM dan pengesanan kalsifikasi mikro (r = 0.305) dalam FFDM. Bagi penilaian kategori BIRADS, ujian McNemar mendapati hubungkait yang signifikan dalam kategori 1, 2 dan 3 untuk DSPM tetapi tiada hubungkait yang signifikan dalam kategori 4, 5 dan 6 dalam FFDM. Kesimpulannya, DSPM superior dalam aspek kecerahan, kulit dan tisu glandular manakala FFDM superior dalam ruang retromammari dan pengesanan kalsifikasi mikro yang merupakan tanda awal kanser payudara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Call Number: WP870.P987p 2013 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.