Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475792
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorQodriyah Hj Mohd Saad, Dr.-
dc.contributor.authorNoor Fazilah Md. Fadze (P50271 )-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:54Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:54Z-
dc.date.issued2012-01-03-
dc.identifier.otherukmvital:119419-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475792-
dc.descriptionKajian terdahulu mendapati minyak sawit yang dipanaskan berulang kali menyebabkan peningkatan tekanan darah, reaktiviti vaskular serta pengurangan aras nitrik oksida plasma dalam tikus. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan minyak kelapa dara (VCO) pada tikus jantan yang diberi minyak sawit yang dipanaskan berulang kali terhadap parameter tersebut. Sebanyak tiga puluh dua ekor tikus Sprague-Dawley jantan dibahagikan kepada empat kumpulan; (i) kawalan (diberi diet asas), (ii) VCO (1.42 ml/kg, oral), (iii) diet minyak sawit yang dipanaskan sebanyak 5 kali (15%) (5HPO) dan (iv) diet minyak sawit yang dipanaskan sebanyak 5 kali (15%) dan VCO (1.42 ml/kg, oral) (5HPO+VCO). Tekanan darah diukur pada permulaan kajian dan setiap bulan selama 4 bulan menggunakan kaedah kuf ekor. Selepas 16 minggu kajian, tikus-tikus dibunuh. Aorta toraks diambil untuk pengukuran reaktiviti vaskular dan sampel darah dianalisis untuk aras nitrik oksida (NO). Tekanan darah meningkat dengan signifikan dalam kumpulan yang diberi diet 5HPO bermula minggu ke 8 berbanding kawalan (P<0.05). Tekanan darah kumpulan 5HPO+VCO adalah lebih rendah secara signifikan daripada kumpulan 5HPO bermula minggu ke 8. Tekanan darah kumpulan VCO adalah lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan kawalan hanya di minggu ke 8. Cecincin aorta dari kumpulan 5HPO menunjukkan pengurangan relaksasi dalam tindak balas kepada Acetylcholine dan Sodium nitroprusside serta peningkatan vasokonstriksi kepada Phenylephrine berbanding kumpulan kawalan. Cecincin aorta dari kumpulan 5HPO+VCO hanya menunjukkan pengurangan vasokonstriksi kepada Phenylephrine berbanding kumpulan 5HPO. Aras NO plasma di dalam kumpulan 5HPO adalah lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan kawalan, manakala dalam kumpulan 5HPO+VCO, aras NO adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan 5HPO. Kesimpulannya, pemberian VCO dapat menghalang peningkatan tekanan darah dan memperbaiki fungsi endotelium dalam tikus yang diberi diet minyak sawit yang dipanaskan berulang kali.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMinyak sawit-
dc.subjectPiper sarmentosum-
dc.subjectPhysiology.-
dc.titleKesan suplementasi piper sarmentosum terhadap modulasi tekanan darah dan nitrik oksida pada tikus hipertensi aruhan deksametason-
dc.typeTheses-
dc.format.pages133-
dc.identifier.callnotesis QT20.5.N818k 2018 9HUKMPRA-
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.