Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475791
Title: Undang-undang keluarga Islam di Selatan Thai : terjemahan Undang-Undang Keluarga Islam 1945 dan perbandingannya dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (pindaan) 2006
Authors: Rohanee Machae (P56907)
Supervisor: Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Undang-undang Islam
Thailand
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 29-Nov-2012
Description: Kajian ini mengenai Undang-undang Keluarga Islam di Selatan Thai 1945 yang mencakupi terjemahan dan perbandingannya dengan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (pindaan) 2006. Permasalahan dalam kajian ini antaranya ialah ternyata bahawa sebilangan besar penduduk di Selatan Thai tidak memahami undang-undang keluarga Islam yang termaktub dalam Bahasa Thai, sehingga menyukarkan mereka untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ia merupakan teks tulisan Thai yang belum lagi diterjemahkan ke mana-mana bahasa, kemudian mengkaji dan membandingkan dengan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (Pindaan) 2006. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah mengenalpasti sejarah pertumbuhan Undang-undang Keluarga Islam di Selatan Thai, menterjemahkan Undang-undang Keluarga Islam di Selatan Thai ke dalam bahasa Malaysia dan ulasan serta membandingkan antara Undang-undang Keluarga Islam di Selatan Thai dengan Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (pindaan) 2006. Kajian deskriptif-kualitatif ini dijalankan melalui kaedah kajian kepustakaan dan temu bual di kalangan agamawan dan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Patani. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Undang-undang Keluarga Islam di Selatan Thai telah wujud secara rasminya pada zaman pemerintahan Pra Chullachom Kelau Chau Yuhua dan digunapakai sehingga tahun 1945 M dengan nama “Lak Kodmai Islam Waduaiu Krobkrua Law Morodok” (Kaedah Undangundang Islam: Keluarga dan Pusaka). Dapatan seterusnya adalah terjemahan teks undang-undang tersebut daripada bahasa Siam kepada bahasa Malaysia. Selain itu, hasil ulasan dan perbandingan antara kedua-dua undang-undang adalah bahawa kedua-duanya mempunyai perbezaan mengikut keperluan masing-masing masyarakat di kedua-dua negara. Dapatan kajian lainnya adalah bahawa Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (pindaan) 2006 secara amnya lebih jelas dan terperinci dalam memberikan penjelasan tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan undang-undang keluarga. Manakala Undang-undang Keluarga Islam di Selatan Thai lebih tertumpu kepada memberikan takrifan mengenai istilah-istilah yang digunapakai dan penyusunannya lebih terikat dengan kitab-kitab fiqh Shafic i.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 153
Call Number: BP158.D6R636 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.