Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475785
Title: Supplementasi tri® E memodulasi eksperesi gen dan protein pada sel mononuklear darah periferi dan plasma di kalangan individu berbeza umur
Authors: Eng Chee Heng (P50270)
Supervisor: Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dr.
Keywords: Vitamin E
Tokotrienol
Hipokolesterolemik
Anti- kanser
Biochemistry.
Issue Date: 15-Aug-2012
Description: Vitamin E jenis tokotrienol dilaporkan mempunyai sifat hipokolesterolemik, antikanser dan perlindungan saraf yang berbeza daripada tokoferol dalam kajian in vitro dan ex vivo. Kajian mencadangkan tokotrienol berfungsi melalui kawalan ekspresi gen dan protein yang mungkin memodulasi kejadian penyakit. Namun, kajian suplementasi tokotrienol di kalangan manusia pada tahap molekular kurang dilakukan terutamanya pada manusia berbanding dengan tokoferol. Matlamat kajian ini adalah mengkaji kesan suplementasi Tri® E tokotrienol pada ekspresi gen sel mononuklear darah periferi (PBMC) dan protein plasma manusia. Seramai 14 orang subjek wanita dibahagikan kepada dua kumpulan: 6 subjek muda umur 32+2 (3 penerima plasebo & 3 Tri® E) and 8 subjek lebih tua umur 52+2 (4 penerima plasebo & 4 Tri® E) pada dos 150 mg sehari. Darah berpuasa (15 ml) diambil pada 0, 3 dan 6 bulan . mRNA diekstrak daripada PBMC dan asai mikroatur dilakukan dengan GeneChip Human Gene 1.0 ST diikuti validasi melalui qRT-PCR. Analisis statistik dengan p<0.05, FDR<0.05 dan ganda perubahan >1.5 dikira signifikan. Hasil kajian menunjukkan 102 gen (32↑ dan 70↓) dan 282 gen (78↑ dan 204↓) mengalami perubahan ekspresi pada kumpulan subjek muda selepas 3 dan 6 bulan pengambilan Tri® E masing-masing. Gen yang mengalami penurunan signifikan di kalangan subjek muda terlibat dalam fungsi penyekatan kitaran sel (GADD45A, GADD45B, ATM), apoptosis (TNF, PLEKHF1, BAK1), inflamasi (ICAM1, IER3, MIF), angiogenesis (S100A4), dan kolesterol homeostasis (DHCR7, SC5DL). Pada kumpulan subjek berumur, suplementasi Tri® E menyebabkan 15 gen (4↑ dan 11↓) dan 523 gen (45↑ dan 478↓) mengalami perubahan ekspresi selepas 3 dan 6 bulan. Gen yang mengalami penurunan termasuk sitokin (IL1A, CXCL2, CCL3, CCL4), apoptosis (TNF, PLEKHF1, BAK1, DDIT4), inflamasi (ICAM1, IER3, MIF), angiogenesis (S100A4, S100A9, S100A11), dan homeostasis kolesterol (SC5DL, DHCR7). Gen pengikat DNA (LRRFIP1) dan regulasi G protein (RGS18) mengalami peningkatan signifikan pada subjek muda dan berumur suplementasi Tri® E. Protein plasma telah dikaji menggunakan 2D-GE dan MALDI-TOF TOF menunjukkan 3↑ dan 6 (5↑ dan 1↓) protein mengalami perubahan ekspresi pada kumpulan subjek muda berbanding dengan 6↑ dan 8 (7↑ dan 1↓) protein pada subjek berumur selepas 3 dan 6 bulan suplementasi masing-masing. Protein dikenalpasti berkaitan homeostasis kolesterol (APO A1, APO E), inflamasi akut (CRP), respon imun (FHR1, FHR2), dan perencat protease (CBPN). Protein pengangkutan kolesterol APO A1 dan APO E didapati mengalami peningkatan manakala protein petanda inflamasi CRP menurun pada kedua-dua kumpulan. Penentuan vitamin E dengan HPLC menunjukkan peningkatan (p<0.05) pada keduadua kumpulan subjek suplementasi Tri® E manakala tiada perubahan paras vitamin E pada plasebo. Kesimpulan, suplementasi Tri® E memberi kesan perlindungan melalui perubahan ekspresi gen dan protein yang berkaitan anti-apoptosis, anti-inflamasi dan homeostasis kolesterol di mana tempoh dan umur didapati mempengaruhi respon terhadap suplementasi tokotrienol.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 230
Call Number: tesis QU20.E57s 2012 9HUKM
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.