Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475784
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Salam Babji, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorKomate Ramaya (P54498)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:50Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:50Z-
dc.date.issued2013-10-03-
dc.identifier.otherukmvital:119300-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475784-
dc.descriptionObjektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasilkan dan membandingkan ciri–cirifizikokimia gelatin daripada sisa daging ayam nyahtulang mekanikal (SDANM) yang diekstrak dengan menggunakan kaedah yang berbeza.Kaedahpengekstrakan yang digunakan ialah perlakuanasid, perlakuan alkali dan kombinasi antara perlakuan asid dan alkali pada suhu 60°C, 70°C, 80°C selama 48 jam dan 72 jam. Titik optimum bagi kaedah pengekstrakan gelatin daripada SDANM adalah kombinasi perlakuan asid-alkali pada suhu 80°C selama 72 jam dengan nilai optimum, Y = 35.72 %, yang diperoleh melalui kaedah Regresi Permukaan Respon (Response Surface Regression). Pengekstrakan gelatin telah dilakukan dengan siri langkah yang melibatkan pencucian residu SDANM, perlakuan asid menggunakan 3% larutan HCl, perlakuan alkali menggunakan (4g/100g) larutan NaOH, penurasan, pemekatan dan pengeringan. Analisis fizikokimia meliputi warna, kelikatan, kekuatan gel, pH, kandungan proksimat, kadar keterlarutan, penentuan titik isoelektrik, kadar aktiviti air (Aw), kandungan hidroksiprolina dan analisis mikrobiologi telah dikaji. Suhu dan kaedah pengekstrakan mempunyai kesan yang signifikan (p<0.05) ke atas hasil perolehan gelatin. Hasil perolehan gelatin yang paling banyak adalah 38.04%. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) untuk nilai L* adjustor.sh assign_extension.sh dan b*. Dari segi kelikatan, gelatin yang diekstrak menggunakan perlakuan asid pada suhu 80°C adalah paling likat iaitu 79.40 cPs. Kekuatan gel bagi gelatin yang diekstrak menggunakan perlakuan asid pada suhu 60°C adalah paling tinggi dan berbeza secara signifikan (p<0.05). Nilai pH gelatin yang diekstrak melalui asid dalam julat pH 7-9 manakala nilai pH gelatin yang diekstrak menggunakan alkali dalam julat pH 4-6. Nilai pH bagi gelatin yang diekstrak daripada kombinasi asid-alkali berada dalam julat pH 5-7. Didapati juga bahawa kombinasi perlakuan asid dan alkali pada suhu 80°C menghasilkan gelatin yang mempunyai kandungan protein yang paling tinggi, iaitu sebanyak 64.28%. Suhu dan kaedah pengekstrakan mempengaruhi kandungan hidroksiprolina (p<0.05) di mana gelatin yang diekstrak menggunakan perlakuan asid pada suhu 80°C mencatatkan kandungan hidroksiprolina yang paling tinggi, iaitu 74.84 %, (p<0.05). Maka, kaedah pengekstrakan secara kombinasi asid dan alkali memberikan kandungan protein, nilai pH dan perolehan hasil yang tinggi manakala kaedah pengekstrakan menggunakan asid memberikan kelebihan dari segi nilai kelikatan, kekuatan gel dan kandungan hidroksiprolina. Kajian terhadap SDANM dilakukan seperti analisis proksimat dan penentuan dan pencirian protein kasar. Jumlah kandungan protein SDANM adalah 17.77%. Kandungan lipid SDANM adalah 9.06%. Kandunganabu dan kelembapan SDANM masing-masing10.10% dan 62.26%.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSisa daging ayam-
dc.subjectGelatin-
dc.subjectAnalisis Fizikokimia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.-
dc.titlePengoptimuman parameter pengekstrakan gelatin daripada sisa daging ayam nyahtulang mekanikal dan pencirian gelatin-
dc.typeTheses-
dc.format.pages148-
dc.identifier.callnoTP965.K645 2014 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.