Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475783
Title: Implikasi terhadap profil penanda biologi dalam cecair krevis gingiva manusia hasil rawatan ortodontik menggunakan braket SWA-Peligaturan
Authors: Nurfathiha Abu Kasim (P59507)
Supervisor: Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Dr.
Keywords: Biologi
Ortodontik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 23-Dec-2019
Description: Rawatan ortodontik menyebabkan perubahan ke atas aktiviti penanda biologi yang melibatkan proses inflamasi (laktat dehidrogenase; LDH), nekrosis (aspartat aminotransferase; AST), penyerapan tulang (asid fosfatase rintang tartrat; TRAP) dan pembentukan tulang (alkali fosfatase; ALP). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan profil penanda biologi semasa rawatan ortodontik serta hubung kaitnya dengan jumlah penanda biologi yang hadir. Sampel cecair krevis gingiva (GCF) diambil daripada 19 orang subjek ortodontik sebelum dan semasa rawatan ortodontik selama 5 minggu. Semua subjek menggunakan braket swa-peligaturan (self-ligating bracket; SLB) diberikan daya 1.0 N atau 1.5 N sama ada pada arkus maksila sebelah kanan atau kiri yang ditentukan secara rawak dengan kaedah lambungan syiling. Aktiviti spesifik enzim berkaitan dan analisis ELISA terapit bagi penentuan jumlah enzim yang hadir. Jarak pergerakan kanin (gigi taring) pula diukur dengan menggunakan pengukur digital. Analisa statistik dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS ver. 20. Hasil analisis ujian t berpasangan dalam membandingkan aktiviti enzim basal dan semasa rawatan menunjukkan peningkatan aktiviti spesifik LDH yang signifikan (p<0.05) dalam GCF pada minggu 1, 2 dan 3 (mesial; daya 1.0 N) dan pada minggu 1, 2, 3 dan 4 (distal; daya 1.0 N), manakala pada minggu 1 hingga 5 (mesial dan distal; daya 1.5 N). Aktiviti spesifik AST menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) pada minggu ke-4 dan 5 (mesial dan distal; daya 1.0 N) serta minggu 3, 4 dan 5 (mesial; daya 1.5 N) dan minggu 4 dan 5 (distal; daya 1.5 N). Aktiviti spesifik TRAP pula meningkat dengan signifikan pada minggu ke-5 (mesial; daya 1.0 N) dan pada minggu ke 3, 4 dan 5 (distal; daya 1.0 N; p<0.05), manakala dengan daya 1.5 N tiada peningkatan yang signifikan pada kedua-dua bahagian (mesial dan distal; p>0.05). Sementara itu, aktiviti spesifik ALP tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang signifikan (p>0.05) pada mesial dan distal (1.0 N dan 1.5 N). Selain itu, perbandingan di antara daya 1.0 N dan 1.5 N menunjukkan aktiviti semua enzim yang diuji dan pergerakan gigi kanin adalah tidak signifikan (p>0.05). Ujian korelasi Pearson’s mendapati tiada korelasi di antara aktiviti spesifik enzim LDH, AST, TRAP dan ALP dengan jumlah enzim dalam GCF, mengindikasikan tidak semua enzim yang terhasil semasa pergerakan gigi kanin adalah enzim yang aktif. Tiada perbezaan aktiviti spesifik enzim dan jarak pergerakan gigi yang signifikan antara daya 1.0 N dengan 1.5 N yang diberikan. Profil aktiviti spesifik enzim dengan daya 1.5 N menunjukkan inflamasi dan kematian sel berlaku lebih awal berbanding daya 1.0 N. Di samping itu, daya 1.5 N juga didapati melambatkan proses penyerapan dan pembentukan tulang. Oleh itu, dicadangkan daya 1.0 N memadai untuk menggerakkan gigi kanin dalam rawatan ortodontik menggunakan SLB. Enzim LDH, AST dan TRAP daripada GCF didapati boleh digunakan sebagai penanda biologi untuk mengawasi perkembangan selular semasa pergerakan gigi kanin dalam rawatan ortodontik menggunakan SLB.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 132
Call Number: RK410.N846 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.