Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475781
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Riza Sulaiman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Suziyanti Marjudi (P51443) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:48Z | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119211 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475781 | - |
dc.description | Kini kebanyakan pengusaha Industri Kecil & Sederhana (IKS) meningkatkan keberkesanan pasaran produk melalui implikasi strategik menggunakan sistem Reka Bentuk Berbantukan Komputer (RBK) dalam mereka bentuk pembungkusan produk yang menarik. Kajian ini memfokus tentang teknik manipulasi data geometri RBK. Berdasarkan kajian literatur dan tinjauan yang dijalankan, didapati pelbagai sistem RBK berada di pasaran tetapi kebanyakan penggunaannya tidak optimum iaitu terdapat beberapa ciri yang tidak digunakan untuk mereka bentuk pembungkusan makanan. Objektif utama penyelidikan ini ialah untuk menghasilkan teknik dan algoritma manipulasi data geometri dalam templat reka bentuk pembungkusan produk bagi membantu pengusaha IKS. Objektif penyelidikan yang telah dikenalpasti ialah i) Mengkaji dan mereka bentuk teknik manipulasi data geometri sistem RBK sedia ada yang dihasilkan di dalam penyelidikan ini; ii) Mengimplementasikan teknik dan algoritma yang telah dihasilkan; iii) Membangunkan prototaip dan melaksanakan pengujian terhadap keberkesanan teknik yang dihasilkan. Prototaip sistem RBK yang dinamakan Packaging-Computer Aided Design (PackCAD) dibangunkan untuk menyokong proses reka bentuk pembungkusan produk makanan. Modul-modul yang dibangunkan menyediakan kemudahan pengguna untuk memilih tarik-letak bentuk pembungkusan yang disediakan di dalam templat (disimpan dalam data perpustakaan). PackCAD dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 6.0. Metodologi prototaip evolusi digunakan dalam pembangunan PackCAD. Kaedah pembangunan fungsi kualiti (QFD) digunakan dalam fasa mengenalpasti keperluan pengguna dan fasa penentusahan dan pengesahan. Fail reka bentuk pembungkusan makanan daripada CATIA dan AutoCAD digunakan untuk membuat penentusahan dan pengesahan. Penyelidikan ini menghasilkan Rumah Kualiti QFD, carta alir, kod pseudo dan algoritma berkaitan dengan manipulasi data geometri daripada fail reka bentuk yang telah dibina menggunakan sistem PackCAD boleh dibaca atau dibuka dalam perisian RBK yang lain. Pengusaha IKS dapat mereka bentuk pembungkusan produk yang dihasilkan menggunakan sistem PackCAD dengan kemahiran minimum dalam mengendalikan komputer.,Tesis ini tidak ada Perakuan Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | eng | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Computer-aided design | - |
dc.subject | Food -- Packaging | - |
dc.subject | Small business | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Teknik manipulasi data geometri RBK pembungkusan makanan IKS Malaysia menggunakan kaedah QFD | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 121 | - |
dc.identifier.callno | TA174.S898 2013 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 000027 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.