Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475780
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Faizah Mustapha (P92479) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:47Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:47Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:118788 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475780 | - |
dc.description | Buku teks merupakan bahan asas PdPc bahasa Arab sebagai bahasa tambahan di Malaysia. Sejajar dengan aspirasi PPPM untuk melahirkan generasi yang mampu berinteraksi dalam bahasa yang dipelajari, buku teks perlu mengandungi latihan-latihan kemahiran berbahasa terutama kemahiran mendengar. Guru memerlukan teks untuk diperdengarkan kepada pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab menggunakan buku teks berlaku di sekolah-sekolah. Kajian ini juga berkisar tentang kandungan komponen latihan kemahiran mendengar di dalam buku teks bahasa Arab tingkatan satu dan dua yang mula digunakan pada tahun 2017 dan 2018. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan kaedah kuantitatif. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 136 orang guru bahasa Arab yang mengajar tingkatan satu dan dua di seluruh negeri Selangor. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan SPSS 23. Dapatan kajian menunjukkan komponen latihan kemahiran mendengar ialah 25.9% dari keseluruhan latihan yang terdapat di dalam buku teks bahasa Arab yang dikaji. Kajian juga mendapati taburan latihan yang hampir sekata antara empat kemahiran berbahasa. Manakala, sikap guru terhadap pengajaran kemahiran mendengar, penggunaan teknik pengajaran kemahiran mendengar menggunakan buku teks dan masalah yang dihadapi guru dalam pengajaran kemahiran mendengar berada pada tahap sederhana tinggi masing-masing dengan min 3.86, 3.70 dan 3.26. Selain itu, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap sikap dan masalah yang dihadapi guru berdasarkan pengalaman mengajar. Namun, terdapat terdapat perbezaan yang signifikan tahap penggunaan teknik pengajaran kemahiran mendengar berdasarkan pengalaman mengajar. Manakala, hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap sikap, penggunaan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan masalah yang dihadapi guru berdasarkan latihan yang diterima guru. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan masalah yang dihadapi guru dengan penggunaan teknik pengajaran kemahiran mendengar. Manakala, analisis regresi berganda menunjukkan sikap dan masalah menyumbang kepada penggunaan teknik pengajaran kemahiran mendengar. Oleh itu, kajian ini mencadangkan keperluan pendedahan kepada teknik pengajaran kemahiran mendengar melalui kursus dan latihan ke arah penambahbaikan dalam pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab.,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Buku teks | - |
dc.subject | Bahasa Arab | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penggunaan buku teks dalam pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 198 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.