Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475779
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | - |
dc.contributor.author | Amran Mat Arriffen (P88549) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:47Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:47Z | - |
dc.date.issued | 2019-08-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:118051 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475779 | - |
dc.description | Bermula tahun 2013 semua pelajar Islam di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikuti Program j-QAF (Jawi, al-Quran, Bahasa Arab & Fardu Ain). Justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru Pendidikan Islam terhadap pelajar lepasan program tersebut dalam empat aspek iaitu pengetahuan ibadat, kemahiran tilawah al-Quran, kemahiran tulisan jawi dan sikap dalam menghayati akhlak Islam. Bagi mencapai tujuan kajian ini, reka bentuk kuantitatif digunakan dengan mentadbir instrumen soal selidik untuk mendapatkan data. Nilai kebolehpercayaan alpha cronbach bagi soal selidik ini adalah tinggi, iaitu antara 0.87 hingga 0.94. Responden kajian terdiri daripada 201 orang guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah Negeri Sembilan yang mengajar pelajar tingkatan 1. Data yang dikumpul dalam kajian ini, dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Data juga dianalisis secara inferensi yang melibatkan ujian t dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru pendidikan Islam terhadap pengetahuan pelajar dalam ibadat sederhana tinggi, kemahiran pelajar dalam tilawah al-Quran sederhana tinggi, kemahiran pelajar dalam tulisan jawi sederhana rendah dan sikap pelajar dalam menghayati akhlak Islam sederhana tinggi. Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru pendidikan Islam terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengajian guru di universiti. Manakala, persepsi guru pendidikan Islam terhadap kemahiran pelajar dalam tilawah al-Quran berdasarkan bidang pengajian guru menunjukkan perbezaan yang signifikan. Secara tuntas, dapatan ini memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar pemantauan dan penyeliaan Program j-QAF dilakukan secara berkala setelah norma baharu guru pendidikan Islam dilaksanakan. Penambahbaikan program dan aktiviti pendidikan Islam sedia ada perlu dilakukan supaya wujud kelestarian pendidikan di peringkat sekolah menengah.,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Islamic education -- Study and teaching | - |
dc.subject | Islamic religious education | - |
dc.subject | Islam -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Persepsi guru pendidikan Islam terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar lepasan program j-Qaf | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 156 | - |
dc.identifier.callno | BF42.A488 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.