Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475773
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRokiah Omar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNoor Halilah Buari (P36285)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:44Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:44Z-
dc.date.issued2011-06-09-
dc.identifier.otherukmvital:115290-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475773-
dc.descriptionKanak-kanak disleksia telah dikenalpasti mengalami kesukaran membaca dan boleh mengganggu proses pembelajaran. Intervensi untuk meningkatkan prestasi membaca, iaitu kelajuan membaca dan kadar membaca, sangat perlu bagi mengurangkan kesukaran membaca. Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan alat bantuan penglihatan mudah bagi meningkatkan prestasi membaca kanak-kanak disleksia. Peringkat pertama kajian adalah penentuan nilai normal kelajuan membaca dan kadar membaca teks bacaan Bahasa Melayu perkataan berkait dan tak berkait. Seramai 60 pelajar Tahap 1 (purata umur 8.5±0.5 tahun) dan 60 pelajar Tahap 2 (purata umur 10.5±0.5 tahun) berpenglihatan normal dipilih secara rawak bagi menilai prestasi membaca. Peringkat kedua pula menilai keberkesanan penggunaan alat bantuan penglihatan mudah terhadap prestasi membaca kanak-kanak disleksia. Seramai 80 orang kanak-kanak disleksia berumur 8 hingga 11 tahun dipilih secara rawak dan dibahagi kepada empat kumpulan iaitu kumpulan menggunakan Typoscope, kanta pembesar, Visual Tracking Magnifier (VTM) dan kumpulan kawalan. Masa selesai membaca setiap teks bacaan diukur dan sebarang kesalahan direkodkan. Prestasi membaca setiap kumpulan diuji pada hari 0, minggu 2, minggu 6 dan minggu 12. Keputusan kajian peringkat pertama pada subjek normal mendapati tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) pada kelajuan membaca dan kadar membaca bagi kesemua set teks bacaan yang diuji. Perbandingan di antara teks bacaan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05). Ini menunjukkan bahawa kesemua teks bacaan adalah homogen. Keputusan kajian peringkat kedua pula mendapati prestasi membaca kanak-kanak disleksia sebelum dan selepas intervensi hanya menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi kumpulan yang menggunakan kanta pembesar dan VTM, untuk kedua-dua Tahap 1 dan Tahap 2. Kelajuan membaca dan kadar membaca kumpulan yang menggunakan kanta pembesar dan VTM menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) dari hari 0 ke minggu 2, minggu 6 dan minggu 12. Peningkatan prestasi membaca kanak-kanak disleksia adalah lebih tinggi pada kumpulan menggunakan VTM berbanding kanta pembesar. Kesimpulannya, prestasi membaca kanak-kanak disleksia dapat ditingkatkan dengan penggunaan alat bantuan mudah khasnya VTM.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectContact lenses-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePemerhatian ke atas edema kornea pada pemakaian kanta sentuh silikon secara berterusan selama 6 bulan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages41-
dc.identifier.callnoFSKB.N8183p 2002 9 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.