Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475763
Title: | Pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam mata pelajaran Tasawwur Islam |
Authors: | Tuan Rahayu Tuan Lasan (P83122) |
Supervisor: | Mohd Aderi Che Noh, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Thought and thinking Cognitive learning Educational tests and measurements Islam -- Doctrines Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Jul-2018 |
Description: | Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan kemahiran yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif bagi mengharungi cabaran masa depan. Cabaran pendidikan abad ke-21 memerlukan semua murid memiliki KBAT. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap KBAT dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap KBAT berdasarkan jantina serta hubungan antara pengetahuan dengan sikap dan kesediaan murid terhadap KBAT. Peserta kajian terdiri daripada 127 orang murid-murid tingkatan empat di sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya yang mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam sebagai subjek elektif. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi tujuan mengumpulkan data. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 23.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap KBAT dalam mata pelajaran Tasawwur Islam berada pada tahap tinggi. Analisis inferensi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap KBAT berdasarkan jantina. Analisis inferensi juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan sikap dan kesediaan murid terhadap KBAT dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Kajian ini memberi maklumat kepada pihak sekolah dan guru Tasawwur Islam untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran ke arah meningkatkan KBAT murid serta memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 146 |
Call Number: | LB1590.3.T833 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.