Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475757
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEffandi Zakaria, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Azmi Ismail (P88613)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:36Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:36Z-
dc.date.issued2018-03-21-
dc.identifier.otherukmvital:109524-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475757-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti komponen kepekaan nombor yang menjadi kelemahan utama murid tahun tiga. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk menentukan perbezaan tahap kepekaan nombor berdasarkan jantina dan mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menjawab soalan kepekaan nombor berbentuk terbuka. Kepekaan nombor terdiri daripada lima komponen iaitu, memahami makna dan saiz nombor, memahami dan menggunakan pelbagai perwakilan bagi nombor, memahami makna dan kesan operasi, memahami dan menggunakan ungkapan setara serta mengira dengan menggunakan strategi. Kepekaan nombor adalah salah satu aspek penting dalam pendidikan matematik sekolah rendah pada masa kini. Penguasaan aspek ini pada peringkat awal persekolahan akan dapat membantu kanak-kanak mengaplikasikan ilmu matematik dalam pelbagai situasi dengan lebih praktikal. Pendekatan yang digunakan ialah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Satu set ujian kepekaan nombor yang terdiri daripada 25 soalan digunakan sebagai instrumen kajian. Setiap lima soalan mewakili satu komponen kepekaan nombor. Berdasarkan daripada 25 soalan itu, terdapat sebanyak 16 soalan jenis aneka pilihan jawapan dan sembilan soalan jenis berbentuk terbuka. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak berkelompok. Sampel kajian adalah seramai 365 orang murid tahun tiga yang belajar di sekolah rendah dalam daerah Kuala Langat. Analisis data deskriptif dan inferensi dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS 23.0. Hasil daripada analisis kajian mendapati bahawa komponen kepekaan nombor yang kelima adalah komponen yang paling sukar dalam kalangan murid tahun tiga. Hasil analisis inferensi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kepekaan nombor berdasarkan jantina. Selain itu, analisis juga mendapati bahawa kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menjawab soalan kepekaan nombor berbentuk terbuka adalah kesilapan konseptual dan juga kesilapan kecuaian. Oleh itu, peranan guru adalah sangat penting dalam memastikan murid tahap satu dapat mengembangkan tahap kepekaan nombor mereka bermula dari peringkat awal persekolahan lagi.,Sarjana Pendidikan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNumber concept-
dc.subjectMathematics -- Study and teaching (Elementary)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKepekaan nombor dalam kalangan murid tahun 3-
dc.typeTheses-
dc.format.pages153-
dc.identifier.callnoLB1590.3.M844 2019 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.