Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475754
Title: | Pembinaan dan pelaksanaan modul pengaturcaraan Scratch melalui pembelajaran koperatif di sekolah rendah |
Authors: | Chooi May Sun (P73758) |
Supervisor: | Siti Fatimah Mohd Yassin, Dr. |
Keywords: | Information technology -- Study and teaching (Elementary) Computer-assisted instruction Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Jun-2016 |
Description: | Kemahiran pengaturcaraan komputer dipelajari oleh murid-murid tahun enam sekolah rendah dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Murid-murid ini memerlukan galakan untuk membina pengalaman awal dan sikap positif dalam pengaturcaraan. Kajian ini bertujuan untuk membina dan melaksanakan modul pengajaran pengaturcaraan Scratch melalui strategi pembelajaran koperatif. Kajian tindakan kolaboratif ini melibatkan 80 orang murid yang menyertai kelab komputer di dua buah sekolah rendah. Modul pengajaran pengaturcaraan Scratch menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Student Team Achievement Division (STAD). Semasa proses pelaksanaan kajian tindakan dengan tiga lingkaran ini, data-data kajian dikumpul menggunakan pemerhatian, ujian pra-pasca, soal selidik, protokol temu bual dan senarai semak. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif model STAD boleh dilaksanakan semasa proses PdP pengaturcaraan Scratch. Kajian ini memperlihatkan perubahan motivasi belajar dan pencapaian yang positif terhadap pengaturcaraan komputer yang dianggap sukar untuk dipelajari. Oleh itu, strategi pembelajaran koperatif menggunakan model STAD boleh dilaksanakan dalam kelas-kelas pengaturcaraan Scratch di peringkat sekolah rendah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 176 |
Call Number: | LB1028.5C494 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.