Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475752
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aliza Alias, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Hajarat Ramly (P76168) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:33Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:33Z | - |
dc.date.issued | 2018-03-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:107608 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475752 | - |
dc.description | Penglibatan ibu bapa murid Bermasalah Pembelajaran (BP) merupakan salah satu elemen utama dalam menentukan objektif pembelajaran dan modifikasi tingkah laku yang direkodkan dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) secara efektif yang disokong oleh Teori Ekologi Manusia Bronfenbrenner dan Model Penglibatan Ibu Bapa Epstein. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk i) mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa murid BP daerah Klang, Selangor, ii) mengenal pasti hubungan antara taburan pendapatan dengan latar belakang pendidikan ibu bapa dalam tahap penglibatan ibu bapa, iii) mengenalpasti pengaruh elemen penglibatan Epstein terhadap tahap penglibatan ibu bapa MBK dalam pelaksanaan RPI serta iv) mengenal pasti hubungan antara menghadiri sidang dan mesyuarat, RPI, bincang matlamat dan objektif RPI dan berkongsi latar belakang anak dengar tahap penglibatan ibu bapa bagi pelaksanaan RPI murid BP. Aspek penglibatan Epstein yang dikaji adalah dari segi keibubapaan, komunikasi, memberi bantuan sukarela, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan berkolaborasi dengan komuniti. Sebanyak 470 borang soal selidik telah dianalisis. Hasil dapatan kajian (i) tahap penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan RPI ialah pada tahap tinggi (min: 4.02). Dapatan kajian korelasi Pearson (ii) menunjukkan hubungan positif yang sangat lemah bagi latar belakang pendidikan ibu bapa (r = 0.209), manakala hubungan positif yang sederhana bagi taburan pendapatan ibu bapa (r = 0.569). Malahan, dapatan kajian (iii) analisis regresi berganda bagi peramal elemen komunikasi dikenal pasti sebagai penyumbang utama iaitu sebanyak 28.9 peratus terhadap tahap penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan RPI. Dapatan kajian (iv) pula menunjukkan berkongsi latar belakang anak (r = 0.765) mempunyai hubungan positif yang kuat, manakala menghadiri sidang dan mesyuarat RPI (r = 0.564) dan membincangkan matlamat dan objektif RPI (r = 0.622) menunjukkan hubungan positif yang sederhana. Kesimpulannya, ibu bapa murid BP daerah Klang, Selangor peka dan mengambil berat dalam mengikuti perkembangan pembelajaran anak mereka dalam melibatkan diri sepanjang pelaksanaan RPI di sekolah PPKI yang dijalankan.,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Program Pendidikan Khas Integrasi | - |
dc.subject | Murid Berkeperluan Khas | - |
dc.subject | Model Epstein | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan rancangan pendidikan individu berdasarkan model Epstein untuk Murid Bermasalah Pembelajaran | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 133 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.