Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475748
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Faizulamri Mohd Saad, Dr.-
dc.contributor.authorNurain Zainal Abidin (P81860)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:31Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:31Z-
dc.date.issued2018-09-14-
dc.identifier.otherukmvital:105740-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475748-
dc.descriptionTidak memiliki sensitiviti terhadap isi kandungan al-Quran telah menjadi punca yang mengakibatkan berlakunya salah faham dan kekeliruan dalam memahami al-Quran. Kelemahan dalam memahami al-Quran adalah masalah yang sering dihadapi oleh pelajar tahfiz ketika membaca dan menghafaz al-Quran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar tahfiz terhadap tadabbur al-Quran berdasarkan jantina. Kawasan kajian melibatkan Maahad Tahfiz Dar al-Abrar, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak. Metodologi kajian adalah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah dan data dianalisis menggunakan SPSS versi 23 secara statistik deskriptif dan inferensi. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh bagi kesemua item soal selidik adalah baik dan tinggi iaitu (α = 0.883). Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar tahfiz terhadap tadabbur al-Quran berada di tahap sederhana dengan (min=2.52). Seterusnya, hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan pelajar tahfiz terhadap tadabbur al-Quran antara pelajar lelaki (min = 2.3545) dan perempuan (min = 2.2959). Manakala nilai-t untuk perbandingan di antara keduanya adalah (t = 0.538). Secara keseluruhan, pelajar tahfiz mempunyai pengetahuan yang terhad dalam tadabbur al-Quran. Implikasi daripada kajian ini penting agar pelajar Tahfiz dapat menambahkan pengetahuan, mendalaminya serta memperkembangkan ilmu tadabbur al-Quran pada generasi al-Quran yang akan datang. Kajian ini memberi sumbangan ilmu yang berguna kepada penggubal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) , tenaga pengajar tahfiz al-Quran, badan-badan yang terlibat dengan tahfiz al-Quran di Malaysia dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan dan penguasaan pelajar tahfiz terhadap tadabbur al-Quran serta memperkasakan kurikulum Tahfiz selaras dengan matlamat pendidikan Tahfiz.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTadabbur al-Quran-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTahap pengetahuan pelajar tahfiz terhadap tadabbur al-Quran di Maahad Tahfiz Dar al-Abrar, Teluk Rubiah, Seri Manjung, Perak-
dc.typeTheses-
dc.format.pages186-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.