Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475747
Title: Pendekatan pengajaran Pendidikan Islam terhadap muallaf di Institut Dakwah Islamiah PERKIM Pengkalan Chepa, Kelantan
Authors: Siti Fathimatul Zahrah Yusri (P77236)
Supervisor: Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr.
Keywords: Muslim converts
Muslim converts -- Conduct of life
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Aug-2018
Description: Bimbingan pendidikan Islam terhadap muallaf selepas pengislaman adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan supaya Islam yang dianuti adalah berlandaskan kepada kefahaman, penghayatan dan pengamalan yang berterusan. Namun begitu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran muallaf masa kini masih tidak efektif sepenuhnya kerana sesetengah pengajar tidak memiliki kemahiran bimbingan secara pedagogi mahupun andragogi pembelajaran dewasa melainkan bergantung kepada pengalaman.Objektif kajian ini pertama adalah bertujuan untuk mengkaji pendekatan pengajaran pendidikan Islam terhadap muallaf, mengkaji pendekatan pengajaran yang mendorong muallaf untuk belajar secara aktif, serta menganalisis penerimaan muallaf terhadap pendekatan pengajaran yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan di Institut Dakwah Islamiah PERKIM yang berada di bawah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah analisis kandungan dan temubual separa berstruktur dalam proses pengumpulan data. Data yang dikumpulkan di analisis melalui kaedah tematik dimana dapatan kajian dihuraikan mengikut tema untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan yang digunakan dalam membimbing muallaf dilaksanakan mengikut pelbagai kaedah pedagogikal, pendekatan bimbingan secara individu dan pendekatan bersifat orang dewasa untuk mencapai matlamat pembelajaran pendidikan Islam tanpa mengabaikan tahap keupayaan pembelajaran para pelajar yang berbeza latarbelakang pendidikan. Kajian ini juga menjelaskan bahawa pemilihan pendekatan pengajaran terhadap pelajar muallaf memberi kesan positif dari segi kefahaman, menggalakkan motivasi dalam pembelajaran serta mengukuhkan penghayatan dan pengamalan terutama dalam aspek akidah dan ibadah. Implikasi kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pengajar-pengajar yang terlibat di dalam bidang bimbingan muallaf sama ada pengajar yang mengajar di badan-badan kebajikan dan juga pengajar muallaf di jabatan-jabatan agama Islam di seluruh Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 201
Call Number: BP170.5.S46 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.