Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475746
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Che Maryam Ahmad | - |
dc.contributor.author | Nabihah Hasinah Abdul Halim (P81615) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:31Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:31Z | - |
dc.date.issued | 2018-09-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:105053 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475746 | - |
dc.description | Iddah adalah tempoh menunggu yang diwajibkan kepada wanita yang diceraikan sama ada kerana perceraian hidup atau kematian suami. Kurang kefahaman mengenai hukum hakam ciddah serta melangar batasan-batasannya boleh memberi implikasi kepada masyarakat. Justeru kefahaman wanita mengenai hukum hakam ciddah adalah penting. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman wanita di Ipoh mengenai hukum hakam ciddah. Bagi mencapai matlamat tersebut, tiga objektif kajian telah digariskan iaitu untuk untuk menganalisis pandangan fuqaha mengenai hukum hakam ciddah. Objektif kedua pula ialah mengkaji kefahaman wanita di daerah Ipoh, Perak mengenai hukum hakam ciddah dan objektif yang terakhir adalah untuk mengkaji hubungan di antara faktor demografi dengan tahap kefahaman wanita mengenai hukum hakam ciddah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang melibatkan 144 orang respoden yang terdiri daripada jemaah wanita yang mengikuti pengajian kelas agama di tiga buah masjid yang bernaung di bawah Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) Daerah Ipoh iaitu Masjid Muhibbuddin Shah, Masjid Sultan Azlan Shah dan Masjid Sultan Idris Shah II. Kajian ini menggunakan persampelan berkelompok dan data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 secara deskriptif dan inferensi. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh bagi kesemua item soal selidik adalah baik dan tinggi iaitu (𝛼 = 0.831). Hasil kajian mendapati tahap kefahaman wanita di Ipoh Perak mengenai hukum hakam ciddah adalah di tahap yang sederhana iaitu (min = 3.17) berdasarkan skor interpretasi min. Manakala ujian Khi Kuasa Dua yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman berkaitan hukum hakam ciddah mengikut peringkat umur, tahap pendidikan dan aliran pendidikan, namun tidak ada hubungan yang signifikan antara status perkahwinan dan status pekerjaan dengan tahap kefahaman mengenai ciddah. Implikasi kajian ini penting agar golongan wanita dapat meningkatkan pengetahuan serta mendalami ilmu berkaitan hukum hakam ciddah pada masa akan datang. Kajian ini turut dikenalpasti dapat dimanfaatkan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam merangka aktiviti dan program untuk meningkatkan kefahaman golongan wanita selaras dengan tuntutan syariat Islam.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Iddah | - |
dc.subject | Perceraian | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Kefahaman wanita di daerah Ipoh, Perak mengenai hukum hakam 'iddah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 237 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.