Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475744
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rozita Amiruddin, Dr. | - |
dc.contributor.author | Sharifah Ismail (P62579 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:30Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:30Z | - |
dc.date.issued | 2018-05-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:103671 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475744 | - |
dc.description | Perakaunan akruan merupakan salah satu dasar yang ditetapkan dibawah seksyen 4.5.1 Model Ekonomi Baru (MEB). Perakaunan akruan merupakan praktis perakaunan di sektor swasta di mana ia selaras dengan falsafah pengurusan awam baru (PAB); perubahan dan pemodenan sektor awam bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti penyampaian perkhidmatan awam dengan mengadaptasi amalan dan teknik pengurusan sektor swasta ke dalam sektor awam. Keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan perakaunan akruan memainkan peranan amat penting dalam pelaksanaan dan kejayaan amalan dan teknik PAB yang lain diadaptasikan di dalam organisasi awam. Walaupun begitu kajian lalu mendapati pelaksanaan perakaunan akruan menghadapi masalah bukan sahaja di negara membangun bahkan di negara maju dan berkemungkinan menyumbang kepada kegagalan perlaksanaannya. Sistem Kawalan Pengurusan (SKP), sebuah mekanisme kawalan tingkah laku, dapat membantu kelancaran perlaksanaan perakaunan akruan dengan mengarahkan segala usaha ke arah matlamat yang ditetapkan dan menentukan kejayaan usaha melalui petunjuk prestasi kerja dan hasil aktiviti. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji bagaimana SKP digunakan semasa proses peralihan perakaunan kerajaan daripada tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan. Kajian ini mengunakan kajian kes di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dengan pengumpulan data melalui temu bual dengan individu-individu utama yang menyediakan Penyata Kewangan Persekutuan. Bersandarkan kerangka SKP oleh Malmi dan Brown (2008); kawalan perancangan, sibernetik, ganjaran dan gantirugi, budaya dan pentadbiran; dan teori birokrasi oleh Adler dan Borys (1996); enabling dan coercive, kajian ini telah mengenalpasti cabaran yang telah dihadapi oleh JANM, mekanisme kawalan pengurusan yang digunakan dan bagaimana SKP digunakan dalam membantu proses peralihan ini. Kajian ini mendapati JANM menggunakan kawalan perancangan, sibernetik, ganjaran dan ganti rugi, budaya dan pentadbiran serta penggunaan SKP secara coercive di peringkat awal dan diseimbangkan dengan cara enabling semasa proses peralihan. Keseimbangan cara penggunaan adalah penting bagi mencapai matlamat peralihan. Penemuan kajian ini akan menyumbang kepada praktis SKP dalam sektor awam terutama peranannya dalam menyokong proses peralihan ke arah perakaunan akruan.,Sarjana Perakuanan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Perakaunan akruan | - |
dc.subject | Finance | - |
dc.subject | Public -- Malaysia -- Accounting | - |
dc.title | Sistem kawalan pengurusan dan proses peralihan ke arah perakaunan akruan: kes Jabatan Akauntan Negara Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 188 | - |
dc.identifier.callno | HJ9927.M4S533 2018 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.