Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475743
Title: Pembesaran skala membran getah asli terepoksida/polivinil klorida/selulosa (ENR/PVC/Cell) untuk rawatan efluen kilang kelapa sawit (POME)
Authors: Aina Aqila Arman Alim (P85854)
Supervisor: Rizafizah Othaman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kelapa sawit
Efluen
Wood-pulp industry -- Waste disposal
Issue Date: 20-Mar-2017
Description: Pengeluaran minyak sawit telah mengakibatkan penghasilan air sisa tercemar yang dikenali sebagai efluen kilang kelapa sawit (POME). Dalam kajian ini, membran komposit daripada getah asli terepoksida/polivinil klorida (ENR/PVC) berpengisi selulosa (Cell) dihasilkan pada skala kecil (SK) dan skala besar (SB) dan diaplikasikan menggunakan reaktor penurasan bagi merawat POME. Membran SK diuji melalui reaktor penurasan SK, 250 ml manakala membran SB diuji melalui reaktor penurasan SB, 12 500 ml dengan peningkatan isipadu suapan sebanyak 50�. Membran pada SK dan SB dianalisis secara serentak untuk membandingkan hasil yang diperolehi melalui kedua-dua skala ini. Namun begitu, membran yang dihasilkan hanya digunakan sebagai prototaip sahaja. Membran ENR/PVC dengan nisbah ENR:PVC (60:40 wt%) difabrikasi melalui pencampuran polimer, pengacuanan larutan dan kaedah penukaran fasa manakala muatan Cell divariasikan pada 5, 10 dan 15 wt%. Pencirian telah dijalankan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR), analisis pembelauan sinar-X (XRD), mikroskopi imbasan elektron (SEM), analisis termogravimetrik (TGA), analisis sudut sentuhan, analisis serapan dan keporosan, analisis mekanikal, fluks air dan rawatan POME. Spektrum FTIR menunjukkan interaksi fizikal antara matriks ENR/PVC dengan Cell. Tahap kehabluran membran SK dan SB meningkat seiring dengan peningkatan komposisi Cell. Taburan liang yang banyak dan sekata dapat dilihat pada membran ENR/PVC/10% Cell bagi kedua-dua skala melalui mikrograf SEM. Termogram TGA menunjukkan kehadiran puncak penguraian ENR dan PVC serta kestabilan membran meningkat dengan penambahan Cell. Membran menjadi lebih hidrofilik dengan penambahan komposisi Cell bagi membran SK dan SB. Membran ENR/PVC/10% Cell bagi kedua-dua skala mencatatkan serapan air dan keporosan membran yang paling tinggi. Analisis mekanikal menunjukkan pengurangan kekuatan regangan dan peningkatan modulus dengan penambahan Cell bagi membran SK dan SB. Bagi fluks membran SK, membran ENR/PVC/10% Cell menunjukkan nilai fluks air yang paling tinggi sebanyak 317.5 Lm-2j-1 dan nilai fluks untuk setiap membran meningkat apabila tekanan meningkat. Bagi membran SB, tekanan transmembran dan kadar aliran telapan bagi setiap membran meningkat apabila kadar aliran suapan meningkat. Perbezaan kelajuan ketelapan air dan POME masing-masing bagi membran ENR/PVC/10% Cell adalah sebanyak 44� dan 3731�. Membran ENR/PVC/10% Cell untuk kedua-dua skala ini diteruskan penggunaanya bagi rawatan POME disebabkan oleh nilai fluks air yang tinggi dan taburan liang yang banyak pada membran. Keberkesanan rawatan POME bagi membran SK dan SB menunjukkan pengurangan pada nilai keperluan oksigen biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD) dan jumlah pepejal terampai (TSS). Tahap BOD, COD dan TSS masing-masing telah berkurang sebanyak 70.3%, 99.9% and 16.9% bagi membran SK manakala 90.6%, 99.9% dan 20.0% masing-masing bagi membran SB. Oleh itu, pembesaran skala membran dan reaktor penurasan dihasilkan bagi merawat POME pada kuantiti yang banyak dengan masa rawatan yang singkat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains
Pages: 115
Call Number: TD899.W65A386 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.