Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475742
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Yaacob Wan Ahmad, Prof. Madya-
dc.contributor.authorNorsyazwani Muhamad Dah (P72865)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:28Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:28Z-
dc.date.issued2017-05-10-
dc.identifier.otherukmvital:102631-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475742-
dc.descriptionIni adalah kajian pertama yang dijalankan terhadap hasil peluwapan asap yang diperoleh daripada kulit batang Goniothalamus andersonii (Annonaceae) melalui cerobong ekor-ikan. Tiga komponen utama dikenal pasti daripada 57, 16, 69 dan 22 sebatian dalam hasil peluwapan asap metanol, fraksi akueus, fraksi n-heksana dan bio-minyak menggunakan kromatografi gas-spektrometri jisim (KG-SJ) masing-masing. Dengan menggunakan turus polar, fraksi akueus dikesan mengandungi peratus yang tinggi bagi eugenol (25.3 %), (E)-sinamaldehid (21.1 %) dan heksametilena diakrilat (7.0 %). Sebatian yang dikesan dengan peratus yang tinggi dalam fraksi n-heksana ialah guaiol (9.0 %), α-eudesmol (5.7 %) dan siperena (3.1 %) manakala katekol (7.73 %), guaiakol (4.06 %) dan 4-metilkatekol (3.43 %) dalam bio-minyak dan benzaldehid (8.39 %), bifenil (7.07 %) dan 1,4-dihidrobifenil (6.25 %) dalam hasil peluwapan metanol selepas dikromatografikan dengan turus tak-polar. Kajian dalam makmal dijalankan untuk menilai repelan nyamuk bagi campuran hasil peluwapan asap n-heksana dan fraksi akueus terhadap Aedes aegypti pada dua kepekatan yang berbeza (5.0 dan 10.0 %, b/i). Bahan repelan serangga sintetik, N,N-dietil-m-toluamida (DEET), yang berkepekatan sama digunakan sebagai piawai. Pada 5.0 dan 10.0 %, DEET memberikan masing-masing 70.5 dan 80.9 % perlindungan relatif selama 4 jam, yang lebih baik daripada hasil peluwapan asap (44.5 dan 61.9 %). Data yang dianalisis dengan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan ketara dalam keberkesanan repelan nyamuk hasil peluwapan asap dan DEET bagi kedua-dua kepekatan antara lengan yang dirawat dan yang tidak dirawat (P < 0.05). Kajian ini memperlihatkan potensi hasil peluwapan asap n-heksana sebagai bahan repelan nyamuk pada permukaan kulit terhadap A. aegypti,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPeluwapan-
dc.subjectRepelan-
dc.subjectAedes aegypti-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleKajian komposisi kimia hasil peluwapan asap dan bio-minyak Goniothalamus andersonii dan aktiviti repelan terhadap nyamuk aedes aegypti-
dc.typeTheses-
dc.format.pages69-
dc.identifier.callnoQK495.A6N678 2017 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.