Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475740
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChe Maryam Ahmad-
dc.contributor.authorMohd Faizal Noor Ariffin (P73351)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:27Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:27Z-
dc.date.issued2016-07-27-
dc.identifier.otherukmvital:102374-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475740-
dc.descriptionSesebuah penempatan di pedalaman yang kurang dari segi kemudahan, pembangunan infrastruktur dan keterbatasan komunikasi sedikit sebanyak memberi kesan kepada cara hidup dan tahap pemikiran warganya. Kekangan-kekangan tersebut juga berkemungkinan mempengaruhi tahap pengamalan Islam seperti ibadat bagi komuniti Muslim yang tinggal di sana. Walau apa jua halangan, ibadat khusus seperti solat fardu, wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim mengikut kadar kemampuan masing masing sesuai dengan syariat Islam yang bersifat universal dan inklusif. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui amalan pelaksanaan ibadat khusus merangkumi solat fardu, puasa Ramadan, zakat dan haji oleh komuniti Muslim minoriti di pedalaman Sabah melibatkan komuniti Muslim di Mukim Lanas, Keningau. Objektif kajian ini ialah mengkaji amalan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan komuniti Muslim tersebut. Objektif kedua ialah mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi komuniti berkenaan untuk melaksanakan ibadat khusus. Kajian ini berbentuk kualitatif. Metode pengumpulan data yang digunakan ialah analisis dokumen dan temu bual. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati, amalan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan komuniti Muslim berkenaan yang rata-ratanya bukan Muslim asal adalah sederhana. Namun program pendidikan terus dijalankan pelbagai pihak untuk meningkatkan kefahaman agama komuniti Muslim di sana. Pengkaji mencadangkan agar satu sistem pembelajaran yang khusus dirangka bagi komuniti Muslim di pedalaman dengan mengambil kira kondisi dan latar sosial setempat supaya ilmu yang disampaikan dapat dihadam dan dipraktikkan dengan baik oleh komuniti berkenaan. Ia merangkumi kurikulum dan sukatan pelajaran yang konkrit serta bersepadu , andragogi, tenaga pengajar terlatih, peralatan, tempat pembelajaran yang selesa, peruntukan kewangan khas dan buku teks dengan bahasa yang difahami oleh komuniti di situ perlu diusahakan secara intensif oleh semua terlibat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMuslims -- Religious life -- Sabah -- Keningau-
dc.titleAmalan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan Komuniti Muslim di Mukim Lanas, Keningau, Sabah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages105-
dc.identifier.callnoBP174.M844 2017 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.