Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475737
Title: Pendekatan spiritual bagi menanagani stres jururawat Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Sarmia Mohd Abdul ( P77156)
Supervisor: Zainab Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Spiritual
Nurses -- Job stress -- Malaysia
Issue Date: 7-Jun-2018
Description: Stres daripada perspektif Islam adalah berpunca daripada kelemahan kerohanian dan kerapuhan spiritual seseorang dalam menghadapi ujian dari Allah SWT. Stres mampu memberi kesan negatif ke atas kesihatan mental, fizikal, kognitif dan afektif yang berpunca daripada kurangnya strategi daya tindak terhadap punca-punca stres. Situasi ini boleh menjejaskan prestasi kerja dan mengugat produktiviti organisasi termasuk profesion kejururawatan. Masalah stres jururawat dilihat semakin meruncing sehingga menyebabkan perkhidmatan yang diberikan kurang berkualiti, kurang motivasi untuk bekerja, kurang komitmen terhadap pekerjaan dan ketidakhadiran bertugas adalah tinggi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor stres jururawat, mengkaji tahap stres jururawat, mengkaji pengetahuan jururawat tentang pendekatan spiritual bagi menangani stres, menganalisis cara jururawat menangani stres dan menganalisis pendekatan spiritual yang dipraktikkan oleh jururawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) ketika menghadapi stres. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan (survey research) yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 36 orang sampel yang terdiri daripada Jururawat Terlatih U29 di wad Medikal, HCTM, PPUKM dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati faktor utama menyebabkan stres dalam kalangan Jururawat Terlatih U29 di wad Medikal ialah faktor intrinsik kerjaya iaitu subskala tenat dan kematian serta bebanan kerja. Majoriti Jururawat Terlatih U29 di wad Medikal mengalami stres pada tahap sederhana dan tahap pengetahuan mereka tentang pendekatan spiritual bagi menangani stres adalah tinggi. Bagi menangani stres, jururawat didapati telah mengambil pendekatan yang proaktif dan positif dengan menganggap masalah sebagai cabaran di samping menggunakan pendekatan spiritual melalui kaedah riyat al-nafs iaitu meningkatkan amal ibadah dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah. Secara keseluruhannya, kajian mendapati jururawat ada mempraktikkan pendekatan spiritual dalam menangani stres mereka. Implikasi kajian dapat membantu jururawat menangani stres secara positif berlandaskan tuntutan agama sekali gus memperkukuh personaliti kejururawatan ke arah kesejahteraan individu dan masyarakat umumnya dalam memberi perkhidmatan jagarawatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 228
Call Number: RT86.S246 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.