Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475735
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhamad Faisal Asha'ari, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Aisyah Hadi Munir @ A. Hadi (P73409) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:24Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:24Z | - |
dc.date.issued | 2018-03-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:101176 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475735 | - |
dc.description | Filem merupakan salah satu medium yang digunakan oleh masyarakat untuk berhibur dan mendapatkan maklumat. Namun, penontonan filem yang terlalu kerap khasnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja boleh mendatangkan kesan yang negatif kerana personaliti mereka yang belum cukup kukuh. Berdasarkan kajian lalu, filem bergenre seram sarat dengan babak dan adegan yang mempunyai elemen mistik, tahyul dan khurafat bagi menjadikan filem itu lebih menarik. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji gangguan filem seram terhadap remaja daripada sudut kognitif dan sudut tingkah laku. Selain itu, kajian ini juga menganalisis elemen-elemen seram yang dilihat mampu menggoyahkan emosi remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan sebagai metodologi kajian, dimana soal selidik merupakan instrumen utama dalam mengumpulkan data. Seramai 300 orang responden telah dipilih secara kaedah bertujuan dari dua buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi, Johor. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 23 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min (purata). Dapatan menunjukkan pengaruh filem seram terbahagi kepada dua iaitu sama ada dari sudut kognitif yang menunjukkan nilai min= 2.3 tahap sederhana. Kedua, sudut tingkah laku yang menunjukkan nilai min=3.1 tahap tinggi. Manakala elemen-elemen filem seram menunjukkan nilai min=3.07 juga berada di tahap yang tinggi. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa peminat filem seram dalam kalangan remaja berpotensi untuk terkesan kepada perkara yang negatif dalam filem berkenaan. Hasil kajian ini diharap dapat memberi implikasi penting ke atas institusi keagamaan, pihak penerbit dan juga ibu bapa untuk memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini dan seterusnya mencari penyelesaian yang tepat dalam menanganinya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Filem seram | - |
dc.subject | Horror films -- Psychological aspects | - |
dc.title | Gangguan filem seram terhadap kognitif dan tingkah laku remaja | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 120 | - |
dc.identifier.callno | PN1995.9.H6S54 2017 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.