Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475734
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHassimi Abu Hasan, Dr.-
dc.contributor.authorNuratiqah Marsidi (P80738)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:24Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:24Z-
dc.date.issued2017-07-18-
dc.identifier.otherukmvital:100874-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475734-
dc.descriptionPerindustrian yang pesat di dunia amnya dan di Malaysia khususnya sedekad yang lalu telah membawa kepada kesan pencemaran aset semula jadi yang serius seperti air bawah tanah dan air permukaan. Keadaan ini menjadi lebih sukar apabila sumber air minuman dari air bawah tanah dan permukaan tercemar dengan kandungan tinggi zat besi (Fe) dan mangan (Mn). Pada sesuatu tahap, Fe dan Mn boleh memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia disebabkan oleh penumpukan logam berat dalam sumber air minuman. Sebagai teknologi alternatif, proses rawatan biologi telah menarik perhatian kerana ianya tidak memerlukan pernambahan bahan kimia selain kos operasi dan penyelenggaraan yang rendah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyingkirkan Fe dan Mn menggunakan sistem penuras biologi berudara (BAF) dan pencilan bakteria efektif bukan patogen. Kaedah satu pemboleh-ubah pada satu masa (OVAT) digunakan untuk menentukan prestasi BAF dalam penyingkiran Fe dan Mn melalui faktor operasi seperti masa tahan turus kosong (EBCT), bebanan Fe dan Mn, dan faktor pengudaraan. Di akhir kajian ini, kinetik penyingkiran Fe dan Mn oleh bakteria efektif bukan patogen juga ditentukan. Sebanyak 18 pencilan bakteria dipencilkan daripada sampel air kumbahan dan didedahkan kepada Fe dan Mn pada kepekatan 80 dan 130 mg/L selama 48 jam. Daripada 18 pencilan bakteria tersebut, 9 pencilan didapati berupaya menyingkirkan Fe dan Mn sehingga 90% penyingkiran dengan pertumbuhan bakteria di atas agar melebihi 75% dan mempunyai skor antara 3+ hingga 5+. Melalui kaedah pengekstrakan DNA dan kaedah PCR, 8 daripada 9 pencilan telah dikenalpasti sebagai genus Bacillus. Bagi mengkaji kepatogenan terhadap 9 pencilan bakteria, ujian hemolisis dilakukan menggunakan agar darah biri-biri berdasarkan aktiviti hemolitik bagi setiap bakteria yang telah dikenalpasti. Hasilnya, Bacillus methylotrophicus dan Bacillus tequilensis dilaporkan sebagai bakteria tidak patogen manakala bakteria lain dikategorikan sebagai bakteria patogen kerana memberi kemudaratan kepada kesihatan manusia. Seterusnya, hanya pencilan tidak patogen digunakan dalam sistem BAF untuk rawatan penyingkiran Fe dan Mn. Prestasi penyingkiran Fe dan Mn yang efektif berlaku pada bebanan Fe dan Mn masing-masing sebanyak 0.108 dan 0.058 g/m3.jam, EBCT 30 minit dan dengan kehadiran udara. Penyingkiran Fe mencapai 100 dan 95-100% apabila bebanan Fe dan Mn dibezakan. Pada ketiga-tiga EBCT yang dikaji, penyingkiran Fe mencapai 100% manakala dengan dan tanpa udara, penyingkiran Fe adalah antara julat 52-100%. Melalui kesan bebanan Fe, sebanyak 15-95% penyingkiran Mn dapat dicapai namun pada bebanan Fe yang maksimum, penyingkiran Mn menurun. Apabila nisbah Fe:Mn meningkat, penyingkiran Mn menurun kecuali pada nisbah 1 Fe: 1 Mn penyingkiran adalah antara 10-95%. Pada EBCT 50 minit dan dengan kehadiran udara, penyingkiran Mn adalah sebanyak 50-100%. Kajian selanjutnya, kinetik penyingkiran Mn adalah menurut model pseudo tertib pertama dan berlaku pada kadar 4.4 min-1 pada EBCT 30 minit. Kinetik penyingkiran bagi Fe tidak dapat ditentukan disebabkan pada ketinggian media antara 0.2-1 meter, penyingkiran Fe adalah 100%. Sebagai kesimpulannya, sistem BAF mampu untuk menyingkirkan Fe dan Mn dari sumber air mentah bagi keperluan air minuman dengan bantuan pengudaraan.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectWater-supply engineering-
dc.titlePenyingkiran serentak ferum dan mangan dalam sumber air minuman menggunakan penuras biologi berudara-
dc.typeTheses-
dc.format.pages159-
dc.identifier.callnoTD345.N847 2018 3 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.