Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475733
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorasmah Hj Othman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRosna Mohamad (P82649)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:23Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:23Z-
dc.date.issued2017-01-20-
dc.identifier.otherukmvital:100675-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475733-
dc.descriptionKajian ini bertujuan mengenal pasti tahap efikasi kendiri keusahawanan, tahap kompetensi keusahawanan dan tahap kecenderungan keusahawanan pelajar prauniversiti. Kajian juga mengukur hubungan antara efikasi kendiri keusahawanan dan kecenderungan keusahawanan serta hubungan antara kompetensi keusahawanan dan kecenderungan keusahawanan pelajar. Selain itu, kajian bertujuan mengenal pasti sumbangan efikasi kendiri dan kompetensi keusahawanan terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang ditadbirkan. Seramai 389 orang pelajar prauniversiti yang mengambil subjek pengajian perniagaan telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 23 bagi mendapatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan keusahawanan pelajar pada tahap tinggi sementara efikasi kendiri dan kompetensi keusahawanan pelajar pada tahap sederhana tinggi. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara efikasi kendiri dengan kecenderungan keusahawanan serta kompetensi keusahawanan terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar. Efikasi kendiri keusahawanan juga merupakan elemen penting yang mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pelajar. Hal ini dibuktikan melalui dapatan Analisis Regresi Mudah yang menunjukkan efikasi kendiri menyumbang sebanyak 44.6 peratus berbanding kompetensi keusahawanan sebanyak 14.6 peratus terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar prauniversiti didapati mempunyai niat dan keinginan untuk menjadi usahawan, namun tanggapan berkenaan kemampuan diri untuk memulakan perniagaan dan kemahiran personal bagi melaksanakan aktiviti keusahawanan masih perlu dibimbing untuk ditingkatkan. Oleh itu, adalah diharapkan kajian ini dapat digunakan untuk merangka program dan aktiviti keusahawanan bagi meningkatkan efikasi kendiri keusahawanan, kompetensi keusahawanan dan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan juga amat diperlukan bagi memupuk potensi keusahawanan dalam kalangan pelajar prauniversiti.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEntrepreneurship -- Study and teaching (Higher)-
dc.titleEfikasi kendiri dan kompetensi keusahawanan terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar prauniversiti-
dc.typeTheses-
dc.format.pages167-
dc.identifier.callnoHB615.R677 2017 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.