Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475732
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rohaty Mohd Majzub, Prof. Puan Sri Dr. | - |
dc.contributor.author | Tajul Effandy Hassan (P67592) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:23Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:23Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:100021 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475732 | - |
dc.description | Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan standard kandungan, kemahiran melaksana dan sikap terhadap awal sains dalam kalangan guru prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 109 guru prasekolah di daerah Kuala Langat, Selangor. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan data dikumpul melalui kaedah soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap standard kandungan berada pada tahap yang tinggi iaitu pada tahap skor min m=3.18. Ini menjelaskan bahawa guru-guru prasekolah menguasai ilmu pengetahuan berkaitan awal sains dengan baik di mana wujudnya tahap pengetahuan yang tinggi dalam kalangan guru prasekolah. Bagi tahap kemahiran melaksana pula dapatan menunjukkan skor min berada di tahap sederhana, m= 2.88. Ini menunjukkan bahawa kemahiran melaksana guru berada pada tahap yang memuaskan, namun wujudnya tahap kemahiran yang sederhana dalam aplikasi awal sains di prasekolah dalam KPSK. Sikap guru mempamerkan skor min sikap berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu pada tahap skor min m= 3.32. Ini menunjukkan bahawa sikap yang dikaji adalah baik, di mana wujudnya tahap sikap yang tinggi dalam kalangan guru prasekolah. Hasil analisa korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan diantara pengetahuan standard kandungan dan kemahiran melaksana dengan sikap guru terhadap komponen awal sains di prasekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa perubahan dalam pemboleh ubah pengetahuan standard kandungan dan kemahiran melaksana secara signifikannya telah menyumbang kepada perubahan dalam pemboleh ubah sikap guru terhadap komponen awal sains. Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada guru tentang kepentingan pengetahuan yang tinggi terhadap komponen awal sains, menggalakkan guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran awal sains dengan menggunakan strategi dan kaedah terbaik serta menjadikan sikap guru semakin positif terhadap komponen awal sains di prasekolah.,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Sains | - |
dc.subject | Prasekolah | - |
dc.subject | Science -- Study and teaching | - |
dc.title | Pengetahuan standard kandungan, kemahiran melaksana dan sikap guru prasekolah terhadap komponen awal sains di prasekolah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 104 | - |
dc.identifier.callno | Q181.T335 2018 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.