Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475728
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salmah Ahmad, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nuha Abd Rahman (P68786) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:21Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:21Z | - |
dc.date.issued | 2017-05-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98132 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475728 | - |
dc.description | al-Tawqiᶜat terdapat dalam himpunan warkah rasmi Kesultanan Melayu Kedah abad ke-19. Kajian ini menumpukan kepada pengaruh al-tawqiᶜat dan bentuknya dalam lapan pucuk warkah rasmi kesultanan Melayu tersebut. Walau bagaimanapun belum terdapat kajian khusus yang membincangkan tentang kemunculan dan perkembangan penggunaannya dalam warkah rasmi kesultanan Melayu. Objektif kajian adalah untuk melihat kemunculan dan perkembangan al-tawqiᶜat yang berasal daripada kesusasteraan Arab, selain mengenal pasti pengaruh al-tawqiᶜat dalam warkah rasmi Kesultanan Melayu-Islam negeri Kedah pada abad ke-19 serta menganalisis bentuk al-tawqiᶜat yang digunakan dalam warkah rasmi kesultanan tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan. Bagi mengumpulkan maklumat, pengkaji menganalisis bentuk-bentuk al-tawqiᶜat yang terdapat dalam warkah-warkah rasmi Kesultanan Melayu-Islam negeri Kedah pada abad ke-19 dan membandingkannya dengan warkah kerajaan Arab-Islam. Selain itu, historical study atau pengkajian sejarah perkembangan kesenian al-tawqiᶜat tersebut turut dijalankan. Hasil kajian mendapati pengertian, bentuk, dan cara penggunaan al-tawqiᶜat mengalami perubahan, bermula pada era permulaan Islam sehingga kerajaan Islam terakhir Uthmaniah. al-Tawqiᶜat dalam warkah rasmi Kesultanan Melayu-Islam negeri Kedah terkesan oleh kesenian iluminasi dan hiasan surat Parsi dan Turki. Pengaruh al-tawqiᶜat ini terdapat dalam beberapa bentuk iaitu kata-kata hikmah pada kepala surat, cap mohor dan tandatangan pemerintah. Kajian ini dapat menambah skop baru dalam bidang kesusasteraan Arab Melayu. Implikasi kajian ini penting dalam memperkenalkan al-tawqiᶜat yang terserlah dalam penulisan warkah-warkah Melayu, dan membolehkan kajian al-tawqiᶜat dipanjangkan kepada aspek kesenian Melayu yang lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kesusasteraan Arab Melayu | - |
dc.subject | Malay literature -- 19th century -- History and criticism | - |
dc.title | Bentuk dan pengaruh al-tawqiᶜat dalam warkah rasmi Kesultanan Melayu-Islam Negeri Kedah abad ke-19 | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 121 | - |
dc.identifier.callno | PL5105.1.N835 2017 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.