Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475727
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalmah Ahmad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNoraizah Abdul Hamid (P80024)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:20Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:20Z-
dc.date.issued2011-12-01-
dc.identifier.otherukmvital:98130-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475727-
dc.descriptionImam Shafi'i Radiallahhu ‘Anhu merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang fiqh atau shariah Islam dalam kebanyakan buku sejarah Islam. Beliau juga dikenali sebagai sasterawan yang mempunyai sebuah antologi. Antara perbahasan antologinya yang terserlah ialah nilai-nilai ketuhanan. Nilai-nilai ini juga diserlahkan oleh sasterawan Melayu A.Samad Said berdasarkan kepada beberapa kenyataan daripada kajian lepas. Justeru, kajian ini adalah untuk menjelaskan riwayat hidup Imam Shafi’e dan A. Samad Said dalam dunia sastera Arab dan sastera Melayu dan menganalisis nilai ketuhanan dari sudut persamaan dan perbezaan dalam puisi keduadua tokoh serta gaya bahasa yang diketengahkan. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian melalui teori Abdul Ghani al-Misri untuk menilai ketokohan dalam bidang sastera sahaja dengan memusatkan kepada dua aliran berbeza iaitu sastera Melayu dan Arab. Data terkumpul dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa Imam Shafi’e berminat dalam puisi ketuhanan kerana mendalami bidang agama secara holistik sedari kecil dan pergaulannya dengan suku Hudhail yang terkenal dalam penulisan puisi bermutu tinggi manakala puisi ketuhanan A.Samad Said mula dilihat aktif bermula dekad keempat sehingga ke hari ini. Karya puisi kedua-dua tokoh sarat dengan nilai dan gaya bahasa tersendiri serta mempunyai beberapa persamaan dari segi nilai dan gaya bahasa. Mengingati mati dan mencari ketenangan dalam ibadah merupakan nilai yang sama diperolehi daripada puisi kedua-dua tokoh. Imam Shafi'i menggunakan uslub rayuan, muhadasah, harapan, nasihat, sumpah, sindiran dan bandingan dalam membentuk puisi yang indah ditambah dengan penggunaan unsur-unsur retorika yang bersesuaian manakala uslub penceritaan naratif mendominasi hampir keseluruhan puisi A.Samad Said. Kajian ini dapat menjadi garis panduan kepada penulisan kreatif yang berunsurkan nilai ketuhanan dalam Islam.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPuisi-
dc.subjectGaya bahasa-
dc.subjectAnalisis nilai-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleNilai ketuhanan dalam puisi Imam Shafi’i dan A. Samad Said-
dc.typeTheses-
dc.format.pages126-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.