Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475726
Title: Rangka kerja untuk mengintegrasikan harta intelek dalam projek pembangunan di universiti penyelidikan: kajian kes prototaip rumah berkembar SABSystem
Authors: Maznah Sahran (P59745)
Supervisor: Sudharshan N. Raman, Dr.
Keywords: Harta intelek
Universiti penyelidikan
Pengkomersilan
Pembangunan fizikal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 7-Jun-2013
Description: Penggunaan ilmu pengetahuan, kreativiti dan inovasi memainkan peranan penting dalam menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi mapan dalam initiasif strategi ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam ekonomi semasa yang berasaskan pengetahuan, harta intelek adalah aset ekonomi berharga dan merupakan alat perniagaan kritikal yang boleh memberikan daya saing. Sehubungan dengan itu, disamping menjalankan penyelidikan dan inovasi, universiti penyelidikan juga berperanan untuk memastikan produk penyelidikan dapat dikomersilkan. Bagaimanapun kadar pengkomersilan (contohnya inovasi pembinaan) didapati rendah antaranya disebabkan oleh kesediaan produk tersebut dalam menepati keperluan pasaran. Untuk membantu kesediaan pasaran, terdapat keperluan untuk universiti penyelidikan membantu menyokong penyelidik dalam proses pengkomersilan hasil inovasi penyelidik dengan mengintegrasikan produk penyelidikan dalam perlaksanaan projek pembangunan fizikal kampus. Dalam aspek ini, proses pengurusan pengkomersilan harta intelek secara strategik adalah merupakan kaedah untuk meningkatkan daya saing jangka panjang negara dalam ekonomi pengetahuan. Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami proses pengurusan pengkomersilan harta intelek, pendokumentasian proses pembangunan fizikal kampus dan untuk membangunkan rangka kerja bagi sebuah Jabatan Pembangunan Kampus untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti pengkomersilan harta intelek dalam proses pembangunan fizikal kampus. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif di mana aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam proses pembangunan fizikal kampus merupakan aktiviti bersifat semulajadi yang melibatkan tapak bina dan pejabat serta melibatkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh responden. Di samping itu, kajian-kes dilakukan kerana ia membolehkan penyelidik berurusan dengan peristiwa holistik dan kehidupan-sebenar. Lima komponen kajian-kes dalam penyelidikan ini adalah soalan penyelidikan, cadangan teori, unit analisis, logik untuk menghubungkan data dengan cadangan dan kriteria untuk mentafsirkan penemuan cadangan. Didapati bahawa terdapat tiga perkara utama bagi memastikan keberkesanan pengurusan pengkomersilan harta intelek iaitu proses pengkomersilan, ketersediaan sumber pembiayaan dan peranan serta kemampuan pejabat pemindahan teknologi. Penglibatan pengurusan atasan universiti juga adalah penting bagi memastikan integrasi ini berjaya. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat potensi untuk mengintegrasikan harta intelek dalam pembangunan projek fizikal kampus bagi membantu proses pengkomersilan harta intelek. Terdapat dua kriteria untuk mentafsirkan penemuan cadangan dan berjaya disahkan oleh kajian ini iaitu: (i) pihak universiti telah setuju untuk terima teknologi dalam projek; dan (ii) pihak pengguna telah mengesahkan untuk menggunapakai teknologi. Kajian ini diharapkan akan menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memastikan pengkomersilan harta intelek dan membangunkan rangka kerja yang akhirnya akan dijadikan asas dalam pembentukan polisi inovasi dan pengkomersilan dimana melibatkan integrasi industri-akademia.,Sarjana Sains
Pages: 139
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.