Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475724
Title: Penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tarannum Al-Quran kelas khas kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran (KKQ) di Selangor
Authors: Farah Ilyani Zakaria (P47479)
Supervisor: Mohd Aderi bin Che Noh
Keywords: Pengajian Al-Quran
Qur'an - Recitation - Study and teaching.
Issue Date: 9-Feb-2012
Description: Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Tarannum al-Quran Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) di Selangor berdasarkan Model Penilaian CIPP. Kajian merangkumi keempat-empat dimensi penilaian iaitu penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk. Kajian ini melibatkan 78 orang pelajar yang meliputi keseluruhan pelajar tingkatan empat di tiga buah SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) dan dua buah SBP (Sekolah Berasrama Penuh) di Selangor dan 6 orang guru KKQ yang mengajar subjek ini di sekolah-sekolah tersebut. Manakala 43 orang guru KKQ yang mengajar tarannum dipilih secara rawak bagi mendapatkan data penilaian konteks. Reka bentuk kajian menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik, temu bual separa berstruktur dan ujian lisan tarannum. Manakala penilaian ujian lisan tarannum berdasarkan format ujian lisan KKQ 2009 dan borang penghakiman Majlis Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) di Malaysia. Satu set persetujuan analisis dokumen diedarkan kepada tiga orang pakar untuk menyokong data penilaian konteks manakala data temu bual guru digunakan bagi menyokong data kuantitatif penilaian proses yang dikumpul melalui soal selidik pelajar. Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi soal selidik guru dan pelajar adalah tinggi iaitu antara 0.7526 hingga 0.9594. Tiga orang pakar dilantik sebagai inter-rater menilai ujian lisan Tarannum bagi mendapatkan data penilaian produk. Dapatan kajian menunjukkan penilaian konteks berada pada tahap tinggi (min=4.21). Manakala penilaian input (min=3.77), penilaian proses (min=3.56) dan penilaian produk (min=3.38) berada pada tahap sederhana tinggi. Ini memberi panduan menyeluruh kepada pelaksana kurikulum dan pihak-pihak berkenaan terhadap penambahbaikan pelaksanaan kurikulum Tarannum al-Quran KKQ di Selangor berdasarkan dimensi konteks, input, proses dan produk.,Master / Sarjana
Pages: 291
Call Number: BP131.6.F345 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.