Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475720
Title: Masalah pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah Brunei
Authors: Waiduri binti Hj Mohammed Ali (P44894)
Supervisor: Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr
Keywords: Nafkah
Mahkamah Syariah Brunei
Support (Domestic relations law
Islamic
Brunei.
Issue Date: 12-Jun-2015
Description: Kajian ini membincangkan masalah pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah Brunei. Kewajipan memberi nafkah isteri dan anak pada dasarnya terletak di bahu suami. Ini adalah mengikut ketetapan hukum syarak dan peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam. Bab 61 (1) Undang-undang Keluarga Islam Brunei 1999, memberi kuasa kepada mahkamah boleh memerintahkan seorang suami supaya membayar nafkah kepada isteri atau kepada bekas isteri. Manakala Bab 75(1) pula mewajibkan seorang ayah memberi nafkah kepada anak-anaknya tidak kira sama ada anaknya itu di bawah jagaannya atau di bawah jagaan orang lain. Walau bagaimanapun, terdapat fakta menunjukkan bahawa banyak perintah nafkah yang gagal dipatuhi. Apabila perintah mahkamah telah dikeluarkan dan suami enggan patuh, maka isteri berhak memohon melalui penguatkuasaan bagi tindakan selanjutnya. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti konsep nafkah menurut syarak serta mengenalpasti peruntukan nafkah isteri dan anak yang terdapat dalam Undang-Undang Keluarga Islam Brunei 1999. Kajian ini juga bertujuan untuk memahami prosiding permohonan, penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah Brunei serta mengenal pasti masalah yang timbul dalam pelaksanaan perintah nafkah. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan turut merangkumi temubual terhadap para pegawai , pendaftar dan hakim mahkamah syariah bagi mendapatkan gambaran jelas berkenaan prosiding permohonan nafkah, cara penguatkuasaan perintah serta mendapatkan kes - kes yang berkaitan dengan nafkah. Hasil kajian ini mendapati beberapa masalah yang timbul dalam pelaksanaan perintah nafkah di Brunei. Masalah utama yang dikenalpasti ialah pembayaran nafkah dalam bentuk yang bukan diperintahkan mahkamah, tidak ada permohonan cara pembayaran oleh plaintif, kegagalan pihak majikan mematuhi perintah tahanan pendapatan tenaga dan tidak ada keselarasan dalam mengeluarkan perintah. Secara keseluruhannya sebahagian besar masalah pelaksanaan perintah nafkah ini adalah akibat daripada kesamaran pihak plaintif tentang tatacara tuntutan di Mahkamah Syariah, salah faham pihak defenden tentang pembayaran nafkah dengan membayar nafkah dalam bentuk yang bukan diperintahkan oleh pihak mahkamah, sikap pihak majikan yang enggan mematuhi perintah mahkamah melalui perintah tahanan pendapatan tenaga dan tidak ada keselarasan dan ketegasan dalam mengeluarkan perintah daripada pihak mahkamah.,Master / Sarjana
Pages: 173
Call Number: BP158.S88.W335 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.