Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475719
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salmah Hj Ahmad, Prof. Madya Dr Hajah | - |
dc.contributor.author | Siti Rohani Jasni (P53136) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:16Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:16Z | - |
dc.date.issued | 2011-06-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84608 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475719 | - |
dc.description | Kedudukan Hadith dalam ilmu agama Islam cukup jelas dan diketahui ramai, namun kedudukannya dalam bidang bahasa masih terhad. Tidak kurang juga, ramai sarjana bahasa yang mempertikaikannya dan meminggirkannya. Tanpa disedari umat Islam hanya didedahkan dengan kajian mengenai ketinggian al-balaghat yang terdapat dalam al-Qur’an sahaja dan kurang memberi perhatian terhadap kajian Hadith. Al-Muhassinat al-badiciyyah dalam kajian ini merupakan analisis keindahan bahasa yang terserlah dari aspek lafaz dan makna yang ditumpukan pada Hadith Rasulullah s.a.w bahagian al-Adhkar dan al-Dacawat dalam kitab Riyad al-Salihin. Tidak seperti kitab-kitab Hadith yang lain, kitab Riyad al-Salihin menghimpunkan Hadith-hadith yang berkaitan dengan zikir dan doa dalam bab-bab khusus pada bahagian ini. Terdapat 57 buah teks Hadith berkaitan zikir dan 46 buah teks Hadith berbentuk doa yang terkandung dalam bahagian al-Adhkar dan al-Dacawat. Objektif kajian adalah untuk menganalisis teks-teks Hadith yang mengandungi elemen-elemen al-badic dan menyerlahkan keindahan retorika al-badic dalam Hadith-hadith tersebut. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif yang tertumpu kepada pengumpulan dan penganalisisan data. Kajian ini juga menggunakan pendekatan pensejarahan bagi melihat riwayat hidup pengarang Riyad al-Salihin serta pendekatan retorika Arab untuk menganalisis gaya bahasa al-muhassinat al-badiciyyah mengikut kategori al-lafziyyah dan al-macnawiyyah dalam karya tersebut dengan mengaplikasikan metode yang dibawa oleh al-Qazwini. Hasil kajian menyimpulkan bahawa al-muhassinat al-badiciyyah dari kategori lafziyyah yang paling menyerlah dalam teks-teks Hadith berkaitan zikir dan doa ialah al-sajc. Manakala, al-muhassinat al-badiciyyah dari kategori al-macnawiyyah yang menonjol ialah al-tibaq dan al-muqabalah. Kajian mendapati al-muhassinat al-badiciyyah dari kategori al-macnawiyyah paling sedikit penggunaannya ialah al-mushakalah dan al-tafriq. Secara umumnya, kajian menunjukkan bahawa teks-teks Hadith berkaitan zikir mengandungi lebih banyak al-muhassinat al-badiciyyah sehingga mencapai 44 buah Hadith berbanding teks-teks Hadith berbentuk doa yang hanya sebanyak 27 buah Hadith. Implikasi kajian ini dapat memotivasikan para pencinta Hadith untuk memahami seni keindahan zikir dan doa dalam Hadith al-Nabawiyy.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hadith | - |
dc.subject | Hadith - Language | - |
dc.subject | style - Rhetoric. | - |
dc.title | al-Muhassinat al-badi'iyyah bahagian al-adhkar dan al-da'awat dalam kitab riyad al-salihin | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 114 | - |
dc.identifier.callno | PJ6697.Z5R457 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.