Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475718
Title: | Revolusi Iran 1979 dan kesannya terhadap golongan intelektual Melayu di Malaysia |
Authors: | Mohd Samsuddin Harun (P60489) |
Supervisor: | Azmul Fahimi Kamaruzaman Dr. |
Keywords: | Revolusi Iran Pemikiran Melayu Iran - History - Revolution 1979 - Social aspects - Malaysia |
Issue Date: | 21-Aug-2015 |
Description: | Revolusi Iran 1979 merupakan peristiwa penting pada abad ke-20. Revolusi tersebut muncul ketika dunia Islam mengalami fenomena kebangkitan Islam. Kejayaan rakyat Iran menjatuhkan Shah Iran dan mendirikan sebuah kerajaan teokrasi di Iran memberi inspirasi kepada gerakan Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia. Intelektual Melayu sebagai kelompok utama gerakan kebangkitan Islam memberikan reaksi terhadap pengaruh revolusi tersebut. Mereka memainkan peranan menggarap idea pemikiran Revolusi Iran khususnya dalam aspek jihad anti-kolonial, kepimpinan ulama, penubuhan negara Islam dan perpaduan Sunni-Syiah. Kajian ini bertujuan memerihalkan kaitan hubungan Revolusi Iran dengan kebangkitan Islam di Malaysia, menilai gerakan pemikiran intelektual Melayu pasca Revolusi Iran serta kesan revolusi tersebut. Kajian mengunakan metode sejarah analisis dokumen dan sejarah lisan. Analisis dokumen dilakukan terhadap buku, tesis, akhbar, majalah dan dokumen. Pendekatan kronologi digunakan untuk meninjau kaitan Revolusi Iran dengan fenomena kebangkitan Islam di Malaysia, gerakan pemikiran intelektual Melayu terhadap Revolusi Iran dan kesan revolusi tersebut kepada golongan tersebut. Kajian ini mendapati intelektual Melayu berperanan memberikan reaksi terhadap Revolusi Iran secara positif dan negatif dalam gerakan anti-pemerintah, kepimpinan ulama, penubuhan negara Islam dan pertembungan fahaman Sunni-Syiah. Reaksi tersebut menyumbang kepada perubahan pemikiran intelektual Melayu. Ini menunjukkan bahawa Revolusi Iran merupakan fenomena penting mempengaruhi sikap dan reaksi golongan intelektual Melayu di Malaysia pada era 1980-an sehingga tahun 2004. THE IRANIAN REVOLUTION 1979 AND IT’S IMPACT ON MALAY INTELLECTUALS IN,Master / Sarjana |
Pages: | 162 |
Call Number: | DS318.8.M847 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.