Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475717
Title: Pendekatan terapi ruqyah merawat pesakit HIV/AIDS di pusat rawatan Islam Manarah Selangor
Authors: Haslinda Lukman (P68694)
Supervisor: Latifah Bt Abdul Majid. Dr.
Keywords: Terapi Ruqyah
Pesakit HIV/AIDS
AIDS (Disease) - Religious aspects - Islam.
Issue Date: Oct-2015
Description: Terapi ruqyah merupakan salah satu pendekatan bagi merawat pesakit HIV/AIDS di Malaysia selain rawatan moden yang didapati kurang berjaya menyembuhkan HIV/AIDS serta jauh dari nilai kerohanian. Terapi ruqyah pernah dilakukan dalam merawat kerasukan jin, makhluk halus, gangguan emosi, ketagihan dadah dan kanser. Pendekatan ruqyah terbukti berkesan dan menyembuhkan penyakit penyakit tersebut. Justeru objektif kajian ini ialah untuk mengkaji pendekatan dan kesan terapi ruqyah terhadap golongan HIV/AIDS serta menjelaskan konsep dan pendekatan terapi ruqyah dalam perubatan Islam terutama dalam merawat HIV/AIDS di Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM). PRIM dipilih sebagai lokasi kajian kerana ia menawarkan rawatan terapi ruqyah kepada pesakit HIV/AIDS. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Metode pengumpulan data yang digunakan ialah instrumen temubual, analisa dokumen dan pemerhatian. Paparan data adalah berbentuk diskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat tiga peringkat pelaksanaan rawatan dengan penggunaan alat-alat rawatan seperti ketukan ranting nona, mandian ais dan minum air limau nipis bercampur garam yang disebati dengan iringan ayat-ayat al-Quran, zikir, selawat dan doa. Kajian menjelaskan bahawa pendekatan terapi ruqyah memberi kesan kepada kesembuhan penyakit seperti lumpuh akibat strok, parkinson, peningkatan CD4 pesakit HIV/AIDS, menghasilkan ketenangan jiwa, dan membentuk menjadi Muslim yang baik. Kajian ini membuktikan bahawa terapi ruqyah relevan untuk diamalkan dan menjadi rawatan alternatif untuk merawat pesakit HIV/AIDS dalam lingkungan syariat berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.,Master / Sarjana
Pages: 121
Call Number: RC606.6.H346 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.